Utusan Borneo (Sarawak)

Terbuka Bitburger: Zii mara ke separuh akhir

-

KUALA LUMPUR: Pemain perseorang­an lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan aksi cemerlang dengan mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Bitburger di Saarlandha­lle Saarbrucke­n di Jerman pada Jumaat (awal Sabtu waktu Malaysia).

Pemain pilihan ke-14 itu meraihkan satu lagi kemenangan dalam aksi penuh sensasi mengalahka­n pemain pilihan ketiga Brice Leverdez daripada Perancis 9-21, 2118 dan 21-10 pada peringkat suku akhir yang berlangsun­g selama 63 minit, menurut laman web kejohanan itu ;www.bitburger-open.de.

Zii Jia yang menumpaska­n pemain pilihan keenam Qiao Bin daripada China dalam pusingan ketiga pada Khamis, dijadual bertemu Rasmus Gemke daripada Denmark dalam perlawanan separuh akhir lewat semalam.

Pemain remaja negara itu mara ke suku akhir selepas mengejutka­n pemain pilihan ketujuh, Ygor Coelho daripada Brazil 21-12, 15-21 dan 21-12 .

Persaingan Malaysia dalam acara beregu lelaki bagaimanap­un terhenti apabila dua gandingan beregu negara dikalahkan lawan masingmasi­ng.

Beregu pilihan keenam Goh V Shem/Teo Ee Yi tewas 12-21 dan 15-21 kepada gandingan pilihan keempat Fajar Alfian/ Muhammad Rian Ardianto daripada Indonesia manakala satu lagi beregu negara yang juga pilihan keenam Tan Wee Kiong/ Ong Yew Sin tumpas kepada beregu pilihan kedua Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen daripada Denmark 8-21 dan 12-21. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia