Utusan Borneo (Sarawak)

Cahill disahkan pulih

-

SYDNEY: Penjaring terbanyak sepanjang zaman Australia, Tim Cahill, telah disahkan pulih daripada keretakan buku lali tetapi masih menjadi tanda tanya bagi perlawanan play- off kelayakan Piala Dunia menentang Honduras pada minggu depan.

Bekas penyerang Everton itu terseliuh buku lali kanannya ketika dia cuba mendapatka­n bola dari pemain pasukan lawan dan diganti pada babak pertama dalam kekalahan 1-0 Melbourne City kepada Sydney FC dalam Liga A kelmarin.

Persekutua­n Bola Sepak Australia ( FFA) berkata walaupun keretakan tidak dikesan dalam imbasan, pemantauan dan pemulihan diperlukan untuk mengembali­kan Cahill kepada kecergasan sepenuhnya.

“Kakitangan perubatan dan kejurulati­han pasukan ‘The Socceroos’ akan menentukan kelayakan Cahill untuk perlawanan play-off antara benua Piala Dunia FIFA 2018 menentang Honduras yang akan datang,” satu kenyataan FFA menyebut semalam.

“Maklumat lanjut mengenai Cahill akan diberikan oleh FFA pada Ahad.”

Skuad Australia akan berlepas ke Honduras pada hari ini (Ahad) sebelum perlawanan di tempat lawan pada Jumaat akan datang.

Cahill, 37, menjaringk­an dua gol untuk membantu pasukan The Socceroos melepasi Syria dalam perlawanan play-off Asia mereka pada bulan lepas dan dia masih penyerang terkemuka Australia.

Dia mungkin berada di senja kariernya tetapi Cahill, dengan 50 gol dalam 103 perlawanan antarabang­sa, adalah tonggak Australia dalam kelayakan Piala Dunia pada tahun ini. — AFP

 ??  ?? CAHILL
CAHILL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia