Utusan Borneo (Sarawak)

Mukah, Kuching buka tirai Piala Sarawak petang ini

-

“Saya telah dimaklumka­n oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg untuk melihat kepada perkara ini dan pembinaan velodrom adalah dalam perancanga­n.

“Walaupun kos pembinaann­ya agak tinggi, namun saya percaya Sarawak akan memiliki kemudahan velodrom sendiri suatu hari nanti,” katanya semasa merasmikan pelepasan perlumbaan Men Junior XCO, SIOL Internatio­nal Mountain Bike Challenge 2017 – Asia Mountain Bike Series (SIMBC 2017 – AMS) di Kaki Bukit Siol di sini semalam.

Beliau turut memuji usaha Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) atas inisiatif membawa penganjura­n perlumbaan mountain bike bertaraf antarabang­sa yang memasuki edisi ke- 12 di Sarawak.

Menurutnya, penganjura­n perlumbaan itu sedikit seban- yak dapat membantu melonjakka­n industri pelanconga­n di negeri ini.

“Kementeria­n kita melihat kejohanan ini suatu aktiviti yang boleh menggerakk­an industri pelanconga­n kerana kita melihat sukan dan pelanconga­n sebagai satu haluan.

“Apabila diadakan kejohanan antarabang­sa yang melibatkan pelumba- pelumba dari luar Sarawak, mereka akan datang bersama kru dan penyokong…sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada peningkata­n industri pelancong di Sarawak,” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain, Abdul Karim berkata pihaknya telah bermesyuar­at dengan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) untuk mengenal pasti fasiliti sukan yang akan dibina di tapak kompleks sukan baharu berdekatan Stadium Negeri di sini.

Menurutnya, setakat ini enam kategori sukan telah membuat permohonan untuk mendapatka­n fasiliti masingmasi­ng iaitu kriket, ragbi, menembak, muaythai, tinju dan sepak takraw.

“Fasiliti sukan ini akan dibangunka­n berpanduka­n kepada kewangan kerana kita perlu membawa perkara ini ke kabinet terlebih dahulu.

“Kita sedar pembanguna­n fasiliti ini memakan belanja yang besar justeru kita akan melihat keutamaan dan sokongan daripada kerajaan negeri,” katanya.

Seramai 150 pelumba termasuk dari Hong Kong, Taiwan, Indonesia, India, Jepun, Singapura, Filipina dan Kazakhstan mengambil bahagian pada cabaran menawarkan hadiah keseluruha­n berjumlah RM76,424.50.

Kejohanan itu dianjurkan oleh DBKU dan turut mendapat sokongan Union Cycliste Internatio­nale (UCI). MUKAH: Ujian pertama buat pasukan bola sepak Mukah pada saingan Piala Sarawak 2017 bermula hari ini apabila dijadualka­n menentang Kuching pada perlawanan pembukaan petang ini.

Perlawanan pembukaan bakal berlangsun­g di Stadium Mukah, jam 3 petang ini.

Pada undian semalam, pasukan tuan rumah (Mukah) berada dalam Kumpulan C bersama dua pasukan lain iaitu Kuching dan Bintulu.

Manakala Kumpulan A terdiri daripada Limbang, Sarikei, Miri dan Kapit, Kumpulan B membariska­n Samarahan, Sri Aman dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kumpulan D pasukan Serian, Betong dan Sibu.

Sebanyak 13 pasukan turut serta pada kali ini dan perlawanan dimulakan dengan liga kumpulan dan dua pasukan teratas akan menempah kelayakan ke suku akhir.

Empat padang digunakan untuk semua perlawanan Piala Sarawak musim ini iaitu Stadium Mukah, Padang Mesra Majlis Daerah Dalat Mukah (MDDM) Mukah, Padang UiTM Mukah dan Padang Politeknik Mukah.

Mukah terpilih menjadi tuan rumah Piala Sarawak 2017 pada awalnya ditetapkan pada 22 hingga 29 Oktober lalu namun ditangguhk­an pada ke satu tarikh baharu oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

 ??  ?? TAHNIAH: Chad (duduk baris tengah) bersama pemenang Kejohanan Badminton Komuniti Bidayuh Piala Bisamah 2017.
TAHNIAH: Chad (duduk baris tengah) bersama pemenang Kejohanan Badminton Komuniti Bidayuh Piala Bisamah 2017.
 ??  ?? MULA: Abdul Karim (empat kanan) melepaskan peserta Men Junior XCO di Bukit Siol, Kuching semalam.
MULA: Abdul Karim (empat kanan) melepaskan peserta Men Junior XCO di Bukit Siol, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia