Utusan Borneo (Sarawak)

Giant 1 rangkul Piala Datuk Bandar

-

KUCHING: Kejohanan Badminton Komuniti Bidayuh Piala Bisamah 2017 diadakan pada 28 dan 29 Oktober lalu dengan penyertaan sebanyak 16 pasukan dari kawasan Bau, Lundu, Padawan, Serian, Sematan dan Kuching.

Pengerusi kejohanan, Mark Kellon berkata ini merupakan kali pertama kejohanan itu diadakan bagi komuniti Bidayuh dalam usaha memupuk gaya hidup sihat dan mengeratka­n perpaduan kalangan mereka.

Pertanding­an tersebut diadakan khas buat komuniti Bidayuh dianjurkan oleh AJK Khas Dewan Badminton Champion bersama Kelab Sukan Rekreasi Hornbill Kuching.

Kejohanan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus dan beliau turut memberi sumbangan bagi menjayakan kejohanan tersebut.

Dalam ucapannya, John berharap agar penganjur berupaya menarik lebih ramai penyertaan dan sokongan daripada semua komuniti Bidayuh dari Lundu ke Serian pada musim depan.

Beliau turut mencadangk­an agar pertanding­an itu diadakan di Serian pada tahun hadapan.

Majlis penutupan dihadiri Setiausaha Politik Ketua Menteri, Charles Chad mewakili Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan.

Snowdan berharap kejo- hanan itu berupaya melahirkan lebih ramai pelapis dalam sukan badminton bagi mewakili negeri ke peringkat lebih tinggi.

Hadiah disampaika­n oleh Charles menyaksika­n pasukan Dinggan GST membawa pulang wang tunai RM1,000, pingat dan piala iringan selaku juara.

Sementara pasukan Hornbill RC di tempat kedua membawa wang tunai RM700 berserta pingat dan piala iringan dan tempat ketiga dimenangi DLBC Lundu membawa wang tunai RM500 serta pingat.

Tempat keempat jatuh kepada pasukan Kelab Daun Raket membawa wang tunai RM300 berserta pingat masing-masing. KUCHING: Mencatat masa 15 minit 24 saat membolehka­n pasukan Giant 1 merangkul Piala Cabaran Datuk Bandar selepas menjuarai kategori Team Relay, Mountain Bike Challenge 2017 – Asia Mountain Bike Series (SIMBC 2017 – AMS) di Kaki Bukit Siol di sini semalam.

Diwakili empat pelumba kebangsaan, Abdul Syazwan Abdul Rahman, Masziyaton Mohd Radzi, Muhammad Khairul Mohamad Ghoz dan Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi, Giant 1 gah tidak tercabar untuk menduduki podium utama serta meraih wang tunai RM1,500.

Tempat kedua disandang Moftar Cycling Team dengan catatan masa 15:26s untuk meraih RM1,000 manakala Awano Treknology di tempat ketiga dengan catatan 15:36s sekali gus membawa pulang RM800.

Sementara itu, pelumba kebangsaan Kazakhstan, Kirill Kazantsev mendominas­i kategori ‘men elite’ selepas mencatat masa terpantas 1:27:46s. Kemenangan itu memastikan Kirill membawa pulang hadiah utama berjumlah 800.

Tempat kedua dimenangi pelumba Filipina, Edmhel John Flores untuk meraih

500 dengan masa 1:32:53s manakala Muhammad Fauzan di tempat ketiga untuk menerima 300 (1:34:23s).

Kategori ‘ women elite’ menyaksika­n pelumba kebangsaan Filipina, Ariana Thea Patrice dinobatkan juara. Beliau merekod masa 1:35:52s untuk meraih€800 meninggalk­an pelumba Taiwan, Zi Yin Chen di tempat kedua dengan masa 1:42:51s untuk meraih 500.

Tempat ketiga milik Masziyaton dari Giant Malaysia Racing Team yang mencatat masa 1:50:20s (€300).

Dalam kategori ‘men junior’, pelumba kebangsaan Abdul Syazwan menggondol hadiah 400 selepas mencatat masa terbaik 1:05:21s.

Beliau mengatasi Nik Adam Iskandar di tempat kedua (1:06:25s) sekali gus menerima hadiah 300 dan Mohd Faizikry Jumah meraih 200 di tempat ketiga (1:09:34s).

Pelumba Taiwan, Yu Shuang Yeh pula mengunggul­i kategori Women Junior untuk membawa pulang 400.

Pelumba negara, Nur Deena Safia Nor Effendy menduduki tempat kedua dengan meraih hadiah 300 dan Nia Vanessa Suhana Zaidi tempat ketiga meraih 200.

Sementara itu, pelumba mewakili DBKU, Wan Haikal Wan Zainal membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 selepas menjulang kategori ‘Sarawak closed’.

Haikal menewaskan dua pelumba Giant Malaysia Racing Team, Choon Liang Tay di tempat kedua dan Chung Wee menduduki tempat ketiga.

Pemenang tiga kedudukan teratas kategori ‘men master’ A dimiliki Shahrin Amir dengan masa 1:10:05s meraih

400, Kusnadi dari Indonesia (1:12:45s) meraih 300 dan pelumba Filipina, Jun Vincent dengan masa 1:12:52s meraih 200. Manakala tiga pemenang terbaik ‘men master’ B ialah Chai Kong dengan masa 1:16:44s meraih hadiah 400, Supian Nor mencatat masa 1:17:39s (€300) dan Yong Tan Chee dengan masa 1:19:16s (€200).

Perlumbaan akan diteruskan hari ini melibatkan kategori ‘individual downhill’.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

 ??  ?? UNGGUL: (Dari tiga kiri) Abdul Syazwan, Khairul, Fauzan dan Masziyaton meraikan kejayaan bersama Abang Abdul Wahap (dua kiri) pada kejohanan SIMBC 2017 – AMS di Kuching semalam.
UNGGUL: (Dari tiga kiri) Abdul Syazwan, Khairul, Fauzan dan Masziyaton meraikan kejayaan bersama Abang Abdul Wahap (dua kiri) pada kejohanan SIMBC 2017 – AMS di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia