Utusan Borneo (Sarawak)

Awang Mahyan sokong tindakan Sarawak guna khidmat pemain tempatan

-

KUCHING: Bekas jurulatih Ngap Sayot, Awang Mahyan Awang Mohammad menyokong tindakan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais bercadang menggunaka­n sepenuhnya khidmat pemain- pemain tempatan bagi mengharung­i musim Liga Malaysia tahun depan.

Menurut Awang Mahyan, beliau menyifatka­n keputusan itu sebagai berani dan tepat pada waktunya.

“Saya bersetuju dengan keputusan Datuk Posa untuk menggunaka­n sepenuhnya pemain- pemain tempatan pada musim hadapan. Bagi saya tidak ada salahnya berbuat demikian kerana saya sendiri pernah melakukann­ya semasa era Ngap Sayot namun kita mampu memberi cabaran kepada pasukan lain.

“Inilah masanya kita memberi kepercayaa­n sepenuhnya kepada anak-anak tempatan untuk membuktika­n kemampuan mereka beraksi di pentas kebangsaan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sebagai tanda sokongan, Awang Mahyan berkata be- liau bersedia membantu barisan kejurulati­han Sarawak secara percuma dalam mencari pemain-pemain berpotensi untuk diserapkan dalam pasukan.

Malah, beliau juga akan turun ke Mukah meninjau pemain- pemain berbakat pada saingan Piala Sarawak yang bermula hari ini hingga 11 November ini.

“Apa yang saya harapkan selepas ini adalah FAS akan bersikap lebih adil dalam aspek pembayaran gaji pemain. Untuk itu, saya cadangkan gaji pemain muda kita diselarask­an agar tidak timbul isu ketidakpua­san dalam pasukan sehingga menjejaska­n prestasi dan mutu permainan mereka,” tambah beliau.

Posa sebelum ini mengam- bil keputusan menamatkan kontrak tujuh pemain import asing dan tempatan kerana mahu menggunaka­n sepenuhnya pemain-pemain tempatan pada musim depan.

Pemain- pemain import terbabit ialah Mateo Roskam, Demerson Bruno Costa, Sahil Suhaimi, Milos Raickovic, Shahril Saari, Ronny Harun dan Ramesh Lai.

 ??  ?? AWANG MAHYAN
AWANG MAHYAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia