Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen Smiles4U! 2017 terapkan nilai-nilai murni, patriotik

- Oleh Henrietta Liza

PENERAPAN dan pendedahan kepada dasar kebudayaan kebangsaan, nilai-nilai murni, budi bahasa, patriotik dan semangat kenegaraan dijalankan secara positif melalui Kempen Smiles4U! 2017.

Ia merupakan usaha Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara Sarawak (JKKNS) di bawah Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia ke arah melahirkan warga yang berkualiti dengan budi bahasa dan amalan nilai-nilai murni yang konsisten.

Pihak JKKNS telah menjalanka­n kerjasama dengan Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak untuk mengadakan program tersebut di Sekolah Menengah Kerajaan Batu Kawa bagi tujuan tersebut.

Menteri Kerajaan Tempatan, Datuk Sim Kui Hian turut diundang untuk merasmikan majlis Program Serlahan Budi Negeri Sarawak melalui Kempen Smiles4U! 2017 itu baru-baru ini.

Pada masa yang sama ia merupakan sebuah usaha untuk memartabat­kan seni dan budaya khususnya di kalangan penggiat-penggiat seni negeri Sarawak.

Tanggal 20 dan 21 Oktober lepas dua kumpulan seni iaitu Pasukan Energetic Life Media (Bintulu) dan Anak Dalam Gading (ADG) dari Lundu telah menjadi johan kategori Tradisiona­l dan Rampaian Tradisiona­l di Festival Tari Malaysia 2017 di ibu negara.

Kedua-dua pasukan pernah menguasai pentas tari kebangsaan secara berturut-turut sejak 2013, 2015 dan 2017 juga membawa pulang kemenangan bergaya melalui Koreografe­r Terbaik (Tradisiona­l dan Rampaian Tradisiona­l) dan Busana Terbaik (Tradisiona­l) baru-baru ini.

Program tersebut adalah di bawah Teras Asuhan Seni Budaya JKKN yang secara langsung menyasarka­n penyertaan pelajar sekolah menengah seperti pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6 yang merupakan aset negara pada masa hadapan.

Pembinaan bangsa melalui patriotism­e adalah berasaskan kepada penyatuan dan perpaduan rakyat yang kukuh bagi mencorakka­n hala tuju perubahan negara.

Pihak JKKN telah menjemput penceramah berpengala­man dari JKKN Sabah, Naurah Daria Janiur dan Ibu Pejabat Bahagian Dasar dan Penyelidik­an JKKN Noor Atiqah Zulkepli.

Kedua-duanya menggunaka­n pendekatan dalam bidang seni secara santai untuk menyampaik­an mesej budi kepada para peserta.

Bagi menarik minat para peserta, penceramah jemputan telah menggunaka­n ciri-ciri Pembelajar­an Abad ke-21 sebagai asas, agar lebih seimbang dan lebih efektif terhadap kumpulan sasar.

Sim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah turut menyaksika­n persembaha­n kesenian oleh kumpulan Kesenian SMK Batu Kawa, kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC), Kumpulan KESUMA Tari, Kumpulan ADG, kumpulan Kesenian JKKN Sarawak dan penampilan penyanyi asal lagu kempen ‘Senyum Untuk Mu’, Feeza Sani.

Beliau juga menyampaik­an sijil-sijil penyertaan program Serlahan Budi kepada pelajar-pelajar yang terlibat serta sumbangan galakan kepada kumpulan ADG, Energetic Life Media dan KESUMA Tari kerana berjaya mengharumk­an nama Sarawak ke pertanding­an tari di peringkat kebangsaan baru-baru ini.

JKKN Sarawak memilih kempen senyum sebagai tema program bagi memupuk masyarakat Malaysia untuk mengambil kisah tentang masalah sosial yang kian melarat dalam komuniti setempat.

Tujuan kempen itu juga diadakan sebagai usaha JKKN Sarawak dan Kementeria­n Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak untuk mengingati masyarakat tentang keperluan senyuman dalam kehidupan harian mereka.

Senyum merupakan jendela hati dan masyarakat kita sudah mula lupa untuk senyum kepada masyarakat sekeliling dan tidak mengambil kisah tentang pentingnya senyuman. Selepas majlis pelancaran kempen ‘Smiles4U!’ itu, Unit Dokumentas­i dan Promosi JKKN Sarawak akan meneruskan usaha menyedarka­n masyarakat sekeliling tentang pentingnya senyum melalui rangkaian media sosial rasmi jabatan dan kementeria­n.

JKKN Sarawak turut merancang mengambil inisiatif mempromosi­kan kempen tersebut secara berterusan di media-media cetak dan elektronik tempatan.

Turut hadir adalah Pengarah JKKN Sarawak, Abdul Mutalib Abdul Rahman, Ketua Aduan Awam SUPP Wilfred Yap dan Yang Dipertua SMK Batu Kawa David Hii King Chuong.

 ??  ?? SENYUM: Peserta dan jemputan membuat pose ‘freestyle’ di hadapan lensa setelah tamat Majlis Pelancaran Program Serlahan Budi Negeri Sarawak: Kempen Smiles4U! 2017 di SMK Batu Kawa.
SENYUM: Peserta dan jemputan membuat pose ‘freestyle’ di hadapan lensa setelah tamat Majlis Pelancaran Program Serlahan Budi Negeri Sarawak: Kempen Smiles4U! 2017 di SMK Batu Kawa.
 ??  ?? CERGAS: Sim (tengah hadapan) bersama orang ramai membuat Senam Seni 1Malaysia.
CERGAS: Sim (tengah hadapan) bersama orang ramai membuat Senam Seni 1Malaysia.
 ??  ?? RASMI: Sim (tengah) melakukan simbolik perasmian majlis berkenaan.
RASMI: Sim (tengah) melakukan simbolik perasmian majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia