Utusan Borneo (Sarawak)

EXPOAM Sarawak ziarah ahli, bekas pegawai penjara Sarawak

- Sumbangan A.Mohayu

Bilik terapi itu merupakan yang pertama seumpamany­a di sekolah menengah di Kuala Lumpur.

Menurut Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Segambut Mohd Yusaini Yaakub, terdapat 47 murid pelbagai kaum yang berusia antara 13 dan 19 tahun, terdiri daripada murid yang mempunyai masalah pembelajar­an (lembam), autistik, penghidap sindrom Down dan mempunyai masalah fizikal di sekolah itu.

Pelbagai peralatan disediakan di bilik terapi itu yang boleh memberi rangsangan dan meningkatk­an kesedaran murid-murid terhadap persekitar­an melalui deria pendengara­n dan penglihata­n, untuk membantu mereka mencapai ketenangan dan mengalih perhatian daripada sesuatu gangguan.

Selain itu, ia juga menggalakk­an pemfokusan murid serta meningkatk­an keyakinan diri melalui interaksi yang berlaku ketika proses terapi dilaksanak­an. — Bernama AHLI Jawatankua­sa Persatuan Bekas Pegawai Penjara(EXPOAM) Malaysia, Cawangan Sarawak diketuai Setiausaha Mohd Poasa Sahar telah menziarah ahli dan bekas pegawai penjara Sarawak, baru-baru ini.

Turut serta dalam rombongan itu ialah Ketua Penerangan Mohamat Yusuf, Atta Zaini, Bujang Nerawi, Abg Abdillah Abg Kasim dan Maslee Drahman.

Ziarah bermula dengan kunjungan ke atas Soloman Ismonto dan Abang Ismail di rumah mereka di Perumahan Petra Jaya, Marzuki Hasan di Kampung Tupong dan Kolon Ayub di Kampung Panglima Seman Ulu.

Solomon sewaktu ditemui berasa gembira atas kedatangan AJK EXPOAM Sarawak itu.

Bekas Mr Universe, Mr Asia dan Mr Malaysia itu sebelum ini pernah mendapat kunjungan ahli Persatuan Angkat Berat Malaysia dan Sarawak.

Marzuki bekas atlet negari Sarawak berasa gembira atas kunjungan itu kerana tidak pernah dilupakan walaupun telah lama bersara.

Abg Ismail juga berasa gembira kerana mereka turut mendapat simpati daripada EXPOAM Sarawak.

Mohd Poasa berkata, mereka menziarahi beberapa lagi bekas kakitangan penjara tidak kira ahli atau bukan ahli EXPOAM.

“Tugas kita ialah mengunjung­i mereka sambil membawa buah tangan dan bertanya khabar mereka.

“Kita melawat mereka. Apa yang penting ialah kegembiraa­n di wajah mereka sewaktu dilawati dan keluarga mereka turut berasa gembira,” tambahnya.

Katanya, mereka akan menziarahi beberapa orang lagi bekas kakitangan selepas ini.

 ??  ?? TIDAK DILUPAKAN: Rombongan EXPOAM Sarawak bergambar bersama Solomon dan isterinya Fatimah semasa kunjungan.
TIDAK DILUPAKAN: Rombongan EXPOAM Sarawak bergambar bersama Solomon dan isterinya Fatimah semasa kunjungan.
 ?? — Gambar Bernama ?? LAYAN: Siti Rubiah beramah mesra dengan Saiful Khairulniz­am Abu Seman yang mendapat pendidikan khas.
— Gambar Bernama LAYAN: Siti Rubiah beramah mesra dengan Saiful Khairulniz­am Abu Seman yang mendapat pendidikan khas.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERHIBUR: Guru pendidikan khas Norhaslind­a Ibrahim (tengah) ketawa dengan telatah Lee Shenn Ying yang bermain peralatan terapi khas.
— Gambar Bernama TERHIBUR: Guru pendidikan khas Norhaslind­a Ibrahim (tengah) ketawa dengan telatah Lee Shenn Ying yang bermain peralatan terapi khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia