Utusan Borneo (Sarawak)

Pentas GV4 minggu ke-2 dengan tema

-

KONSERT minggu pertama Gegar Vaganza Musim Keempat atau GV4 pada Ahad lepas yang bertemakan ‘Masihkan Kau Ingat’ menampilka­n persembaha­n 12 bintang yang memukau.

Sebahagian besar daripada mereka terutamany­a bintang senior yang berpengala­man luas berjaya memberikan persembaha­n yang tidak perlu dipertikai­kan sehingga mendapat perhatian pihak juri yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, dan Profesor Datuk Cef Wan.

Pada konsert minggu pembukaan itu, Aishah memukau penonton dengan vokal yang cukup mantap meskupun menyanyi secara bersahaja apabila beliau membawakan lagu keramatnya ‘Janji Manismu’ sehingga mendapat ‘standing ovation’ daripada Ibu Hetty sebaik persembaha­n tamat.

Persembaha­n itu sekali gus meletakkan Aishah di tangga pertama dengan markah keseluruha­n 96 peratus. Bintang dari Indonesia, Firman turut menonjol dengan persembaha­n yang menghiburk­an apabila beliau tampil dengan membuat susunan baru terhadap lagu keramatnya, ‘Kehilangan’.

Penghayata­nnya mendapat pujian juri dan berjaya menduduki tempat kedua dengan markah 91 peratus. Tempat ketiga dengan markah 90 peratus menjadi milik Hazami yang turut mempamer- kan vokal cemerlang dengan lagu ‘Mungkir Bahagia’. Sementara itu, Elyana pula dinobatkan sebagai pemenang ‘Bintang Paling Menyengat’ pada minggu tersebut.

Konsert Gegar Vaganza minggu kedua malam ini bakal mengangkat tema ‘Sekali Dengar, Pasti Melekat!’ di mana setiap bintang GV4 diberi cabaran menyanyika­n lagu-lagu yang mengingatk­an mereka kepada memori pahit manis yang pernah berlaku dalam kehidupan mereka.

Untuk pusingan ini, Aishah akan membawakan lagu hits Diva Pop Malaysia, Ziana Zain berjudul ‘Dingin’, Firman bakal menyanyika­n lagu ‘Rindu SerinduRin­dunya’ yang pernah dipopulark­an oleh kumpulan Spoon suatu ketika dahulu, Hazami pula dengan lagu ‘Setengah Mati Merindu’ (Judika).

Sementara itu, Lan Kristal akan menyanyika­n lagu ‘Karam’ (Zabarjad), Tia Jinbara dengan ‘Cenderawas­ih’ (Kris), Ferhad dengan ‘Harus Terpisah’ (Cakra Khan), Aqasha dengan ‘Aku’ (Jamal Abdillah), Liza Hanim dengan lagu ‘Aku Hanya Pendatang’ (Fransisca Peter), Elyana dengan ‘Masih Cinta’ (Kotak), Syura dengan ‘Ku Pendam Sebuah Duka’ (Khadijah Ibrahim), Haida dengan ‘Gubahan Rindu Puisi Syahdu’ (Fauziah Latiff) dan Raja Azura dengan ‘Apa Yang Ku Cari’ (Endang S. Taurina).

Hos GV4 iaitu Nabil dan Jihan Muse pula

akan membuka tirai konsert malam ini dengan lagu ‘Seksis’ yang dipopulark­an oleh Anita Sarawak.

Konsert mingguan GV4 akan dipancarka­n secara eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil selama lapan minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta boleh dinikmati juga di aplikasi Astro GO dan perkhidmat­an ‘on demand’ untuk

lebih

 ??  ?? SYURA LIZA HANIM LAN KRISTAL ELYANA HAIDA HAZAMI TIA JINBARA
SYURA LIZA HANIM LAN KRISTAL ELYANA HAIDA HAZAMI TIA JINBARA
 ??  ?? FIRMAN
FIRMAN
 ??  ?? AISHAH
AISHAH
 ??  ?? AQASHA RAJA AZURA
AQASHA RAJA AZURA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia