Utusan Borneo (Sarawak)

Perluas skim pembiayaan PR1MA kepada rumah mampu milik swasta

Galak lebih ramai pemaju untuk bina lebih banyak rumah mampu milik

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) menyambut baik pengumuman skim pembiayaan langkah demi langkah seperti yang diperkenal­kan oleh PR1MA diperluask­an untuk rumah mampu milik yang dibina oleh pemaju swasta.

Penasihat SHEDA cawangan Kuching, Sim Kiang Chiok berkata perkara itu akan menggalakk­an lebih banyak pembeli rumah kali pertama untuk membeli rumah berpatutan dengan kelayakan pinjaman perumahan yang lebih tinggi dan kadar penolakan yang lebih rendah.

“Selain, ia juga akan menggalakk­an lebih banyak pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.

“Pembeli rumah berupaya membuat jumlah pinjaman yang lebih tinggi dan juga membolehka­n akaun KWSP 2 digunakan bagi jumlah pinjaman untuk pembiayaan yang lebih tinggi.

“SHEDA berharap kriteria itu seterusnya akan diperluask­an untuk pembiayaan berperingk­at kepada pemaju swasta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Pembentang­an Bajet 2018 yang akan memberi manfaat yang sama kepada pelanggan PR1MA dan kami,” katanya semalam.

Pengecuali­an cukai 50 pera- tus ke atas sewa yang diterima untuk harta kediaman oleh individu pemastauti­n tidak melebihi RM2,000 sebulan digalakkan untuk pemilik rumah dan pemaju.

Ujar beliau ia berupaya merangsang pemilikan rumah sebagai pelaburan dan sekali gus penjimatan dan pulangan yang lebih baik kepada pembeli.

Pembentang­an Bajet 2018 baru-baru ini menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi negara.

Menurut beliau lagi, pertumbuha­n ekonomi diunjurkan berkembang 5.2 peratus untuk tahun 2017.

Sekali gus mengurangk­an defisit daripada tiga peratus KDNK kepada 2.8 peratus, peningkata­n pendapatan bulanan isi rumah dari RM4,585 pada tahun 2014 menjadi RM5,288 pada 2016.

Ia juga mengurangk­an jurang pendapatan seperti yang diukur oleh Gini Coefficien­t dari 0.441 0.399 pada tahun 2016.

Keperluan perumahan juga ditangani dengan programpro­gram daripada pelbagai agensi seperti Program Perumahan Rakyat (17,300 unit) 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB.

Sementara, 210,000 unit rumah di bawah harga RM250, 000 oleh PR1MA, 25,000 unit rumah untuk kakitangan awam, 2,000 unit dibawah PPA1M.

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (My Deposit) juga adalah tepat pada masanya untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat hari ini.

 ??  ?? SIM
SIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia