Utusan Borneo (Sarawak)

Hutang negara kekal di bawah 55 peratus daripada KDNK

-

KUALA LUMPUR: Proses konsolidas­i fiskal yang berhemat telah dapat mengelak hutang Kerajaan Persekutua­n daripada melepasi had hutang 55 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK yang ditetapkan­nya.

Hutang tersebut yang berada dalam trend menurun daripada 54.5 peratus pada 2015 kepada 52.7 peratus pada 2016, berada pada RM685.1 bilion atau 50.9 peratus daripada KDNK setakat akhir Jun 2017, demikian menurut Laporan Ekonomi 2017/2018.

“Daripada jumlah itu, 96.7 peratus atau RM662.4 bilion adalah hutang domestik (49.2 peratus daripada KDNK) manakala 3.3 peratus atau RM22.7 bilion (1.7 peratus daripada KDNK) adalah pinjaman luar pesisir.

Semalam Kementeria­n Kewangan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata, hutang Kerajaan Persekutua­n kekal terurus dengan baik dan dikategori­kan sebagai sederhana.

“Tidak ada salahnya dengan pinjaman yang dibuat untuk pembanguna­n, infrastruk­tur, kebajikan rakyat serta bagi merangsang ekonomi.

Dalam jangka panjang, hasil ekonomi akan mampu membayar balik,” kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika diwawancar­a dalam program ‘Soal-Jawab’ TV3 baru-baru ini.

Menurutnya, pertumbuha­n tidak diperoleh dengan mengorbank­an kedudukan fiskal kerajaan kerana aktiviti ekonomi Malaysia hari ini dipacu oleh sektor swasta.

Sektor swasta yang menerajui pembanguna­n, contohnya jalan bertol dan infrastruk­tur seperti transit aliran massa dan transit aliran ringan, dipacu oleh syarikat yang meminjam untuk pulangan pada masa depan, kata Johari.

Bagi memastikan had hutang Kerajaan Persekutua­n kekal rendah dan terurus, konsolidas­i fiskal negara dijangka terus dilaksana bagi mengurangk­an paras defisit secara berfasa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia