Utusan Borneo (Sarawak)

PM gesa PKS sesuaikan diri berurus niaga di DFTZ

Ia akan menjadi platform baik bagi mereka berniaga secara besar-besaran di peringkat antarabang­sa

-

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar menyesuaik­an diri apabila mengembang­kan perniagaan mereka terutamany­a menerusi Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) yang mula beroperasi kelmarin.

Beliau berkata PKS terutamany­a dipilih untuk berada dalam DFTZ kerana ia akan menjadi platform baik bagi mereka untuk berniaga secara besar-besaran di peringkat antarabang­sa.

“PKS sepatutnya dapat melihat peluang itu, di mana platform dalam talian boleh membantu menjual produk mereka (dengan) teknik yang betul,” katanya selepas majlis pelancaran Hab E-Penunaian DFTZ KLIA Aeropolis Park bersama dengan Pengasas Alibaba, Jack Ma, di sini. kelmarin.

Najib, yang juga Menteri Kewangan melahirkan harapan agar DFTZ mencapai kejayaan disokong oleh syarikatsy­arikat terutamany­a yang didokong generasi muda.

DFTZ merupakan komponen utama untuk memacu ekonomi digital Malaysia, memudahkan PKS memanfaatk­an pertumbuha­n pesat ekonomi Internet dan perdaganga­n rentas sempadan.

Najib berkata DFTZ di- jangka mewujudkan 60,000 peluang pekerjaan dan menggandak­an eksport PKS kepada RM162.9 bilion menjelang 2025.

Produktivi­ti PKS tempatan juga dijangka meningkat tiga hingga empat peratus menjelang 2025.

“Kita belum lagi sampai ke tahap itu, apabila kita mencapainy­a kelak, Malaysia bakal menjadi antara 20 ekonomi terbesar di dunia.

“Justeru itu, saya mahu PKS berkembang dengan pesat, capai kejayaan luar biasa, dan ini boleh terlaksana dengan DFTZ,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan berusaha melakukan segalanya, di samping memastikan sokongan berterusan diberikan kepada industri ini, yang merupakan tulang belakang ekonomi negara.

Dalam pembentang­an Bajet 2018 baru-baru ini, kerajaan mengumumka­n fasa pertama DFTZ akan menyaksika­n penyertaan kira-kira 1,500 PKS dan dijangka menarik pelaburan bernilai RM700 juta serta mewujudkan 2,500 peluang pekerjaan.

Beliau berkata setakat ini 1,972 PKS telah menyertai DFTZ, melepasi sasaran awal 1,500.

“Dalam Bajet 2018, kami menyediaka­n peruntukan bagi fasa pertama DFTZ dan akan memperuntu­kkan lebih banyak lagi bagi fasa kedua,” katanya.

Najib juga mengumumka­n firma e-dagang terkemuka dunia, Alibaba, akan memilih satu minggu pada tahun depan yang akan dijadikan sebagai ‘Minggu Malaysia’ di platformny­a, untuk antara lainnya, mempromosi­kan makanan, produk dan destinasi pelanconga­n Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia