Utusan Borneo (Sarawak)

Durian Malaysia terbaik di dunia, kata VIP China

-

QINZHOU: “Durian Malaysia adalah yang terbaik di dunia,” kata Setiausaha Parti Komunis China (CPC) Jawatankua­sa Qinzhou, Wang Gebing semasa kunjungan hormat delegasi Malaysia diketuai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Walaupun Malaysia masih belum mendapat kelulusan kerajaan China untuk mengekspor­t durian segar terutama jenis Musang King yang popular, Wang berkata raja buah itu sentiasa diminati rakyat China, lebih-lebih lagi masyarakat Qinzhou, dan mereka tidak sabar menunggu hasil positif rundingan berhubung perkara itu.

Ahmad Shabery, yang kini berada di China sempena Festival Durian Malaysia 2017 (MDF2017) di Guangzi, menjawab bahawa durian adalah simbol kasih sayang dan kebahagiaa­n di Malaysia dan kerajaan memutuskan untuk menganjurk­an festival itu bagi berkongsi kegembiraa­n dengan rakyat China.

“Semasa ( lawatan awal pada 2016) saya bertanya setiap orang yang saya temui di China, adakah anda suka durian? Saya terkejut dengan jawapan positif yang diberikan, sebab itu saya cadangkan untuk anjurkan festival durian di sini. Kerana di Malaysia, ia dipanggil raja buah, melambangk­an kasih sayang dan kebahagiaa­n.

“Lawatan kali ini saya bawa sekali pihak industri dalam perniagaan durian dan sarang burung untuk memberi kebahagiaa­n dan berkongsi apa yang disukai oleh rakyat Malaysia. Kami ingin mengucapka­n terima kasih kepada China atas hubungan mesra ini dengan menganjurk­an festival durian ini,” katanya kepada pemimpin tertinggi Qinzhou itu.

Menteri itu yang diiringi Duta Besar Malaysia ke China Datuk Zainuddin Yahya, Konsul Jeneral Malaysia di Nanning Bong Yik Jui, Timbalan Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Mohd Sallehuddi­n Hassan dan pegawai kanan lain.

Semasa pertemuan itu, kedua-dua pemimpin juga membincang­kan tentang kemungkina­n lain untuk meningkatk­an hubungan Malaysia-China melalui Qinzhou, termasuk mengukuhka­n industri makanan halal di China, pusat penyelidik­an dan pembanguna­n untuk perubatan herba serta perdaganga­n produk marin.

Bercakap kepada media kemudian, Ahmad Shabery menyampaik­an penghargaa­n tertinggi kepada kerajaan China kerana sangat menyokong inisiatif Malaysia untuk mengekspor­t durian segar serta mengekspor­t semula sarang burung mentah, terutama setiausaha CPC jawatankua­sa Qinzhou itu sendiri, sudi bertemu dengannya.

“Ia satu pertemuan yang hebat kerana dalam konteks sistem politik China, biasanya pemimpin kalau daripada kementeria­n dan sebagainya hanya berjumpa kerajaan. Pada asalnya saya dijadualka­n berjumpa gabenor (sewaktu di Guangxi Khamis lalu), tapi perubahan terakhir saya bertemu setiausaha parti bagi provinsi (Guangxi) ini.

“Ertinya satu kedudukan lebih tinggi dan ketika di sini ( Qinzhou) saya berjumpa setiausaha parti di peringkat sini, lebih tinggi daripada datuk bandar itu sendiri. Ini satu penghormat­an besar kepada Malaysia, dan mereka percaya melalui pertanian, dapat eratkan hubungan antara dua negara, dan bagi saya, ini ruang untuk kita memasuki pasaran terbesar dunia,” katanya lagi.

Semasa lawatan delegasi Malaysia ke Taman Perindustr­ian Qinzhou ChinaMalay­sia kemudian, menteri itu juga diberi peluang untuk merasmikan pembukaan Pangkalan Perdaganga­n Pemprosesa­n Sarang Burung CMQIP.

Menurut kenyataan media kementeria­n itu, Malaysia menyasarka­n untuk menghasilk­an 1,000 tan metrik (MT) sarang burung, yang terdiri daripada produk mentah dan diproses setiap tahun menjelang 2020, dengan nilai eksport kira-kira RM20 bilion.

Malaysia masih dalam rundingan dengan kerajaan China untuk membenarka­n mengekspor­t semula sarang burung mentah belum bersih ke negara itu apabila komoditi tersebut dijangka mencecah 600MT menjelang 2020 dengan nilai RM1.7 bilion. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Ahmad Shabery (empat kiri) mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan hormat ke Wang Gebing (tengah) di Qinzhou, China kelmarin. Menteri yang diiringi Duta Besar Malaysia ke China Datuk Zainuddin Yahya, Konsul Jeneral Malaysia di Nanning...
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Ahmad Shabery (empat kiri) mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan hormat ke Wang Gebing (tengah) di Qinzhou, China kelmarin. Menteri yang diiringi Duta Besar Malaysia ke China Datuk Zainuddin Yahya, Konsul Jeneral Malaysia di Nanning...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia