Utusan Borneo (Sarawak)

NagaCorp berusaha perluas kejayaan di Kemboja ke Asia Timur

-

PHNOM PENH: Kejayaan pengendali hotel, perjudian dan percutian terbesar Kemboja diperoleh melalui pengorbana­n dan kerja keras seluruh pasukan yang berhasrat untuk menjadi penggiat global, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Chen Lip Keong.

Mogul kasino dan hartanah Malaysia yang kembali tercatat dalam senarai bilionair dunia majalah Forbes dua tahun lalu itu berkata, kumpulan tersebut tidak membina tugu, tetapi mewujudkan pekerjaan dan peluang untuk semua pihak menggunaka­n model dan konsep yang berjaya di Kemboja.

“Kami merancang menjadikan NagaCorp berjaya dengan mengembang­kan perniagaan kami ke se seberang laut. Saya gembira semua pelan oleh pasukan saya yang kuat bekerja kini telah dilaksana,” katanya kepada pemberita selepas pembukaan awal Naga 2, iaitu hotel dan perjudian tambahan kepada NagaWorld Casino and Resort di sini pada Jumaat.

Chen berkata, kumpulan itu merancang untuk memanfaatk­an pasaran lain, termasuk Rusia, Macau, Mongolia dan China.

Pembukaan awal itu dirasmikan Menteri Pelanconga­n Kemboja, Thong Khon bersama 10 duta ASEAN ke Kemboja, termasuk Duta Malaysia Datuk Seri Hasan Malek dalam resepsi makan malam yang dipanggil ASEAN GOLD.

Chen berkata, penekanan kumpulan tersebut dalam menguruska­n ‘ Syarikat Dunia Pertama dalam Negara Membangun’ dengan ketelusan dan kepatuhan sejajar amalan terbaik global, telah menetapkan standard tadbir urus untuk syarikat tersebut.

Selain itu, katanya, pencapaian syarikat bagi kewangan yang kukuh telah membolehka­nnya mengumumka­n dividen tahunan yang tinggi kepada pemegang sahamnya.

Model perniagaan yang sama di Kemboja boleh diguna di rantau lain, terutama China dengan rekod keuntungan, pembayaran dividen tinggi serta ketiadaan halangan untuk menghantar balik modal atau keuntungan.

“Saya yakin kami boleh berjaya dan akan memberi lebih banyak sumbangan kepada ekonomi. Wawasan saya ialah Naga Dragon akan dapat berkembang ke China dan juga Mongolia Utara.

“Saya juga bangga untuk menyatakan yang baru-baru ini kami dijemput kerajaan Australia untuk berkongsi kejayaan kami. Saya beritahu mereka perkara yang sama yang kami tidak membina tugu tetapi pekerjaan dan mereka sukakan pendekatan kami.

“Jika kami berpendapa­t ia boleh dilaksana, kami akan menjalanka­n projek di Australia dengan menggunaka­n konsep yang sama yang kami guanakan di Kemboja,” tambahnya.

Chen berkata, NagaWorld akan terus mendapat manfaat serta memberi sumbangan kepada pertumbuha­n Kemboja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia