Utusan Borneo (Sarawak)

Kedudukan Malaysia dalam laporan Bank Dunia iktiraf bekalan elektrik M’sia: Ongkili

-

KUALA LUMPUR: FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) memperkena­lkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) bagi semua pengurus besarnya dan ke atas sebagai sebahagian daripada langkah pengoptimu­man tenaga kerjanya.

Inisiatif itu sejajar dengan niat strategik FGV untuk mencapai prestasi mampan dalam menghadapi industri yang mencabar dan meningkatk­an prestasi operasi dan kewangan perniagaan teras FGV.

“Inisiatif ini perlu bermula dari atas dan ia merupakan isyarat yang kami membuat keputusan yang sukar dalam usaha meningkatk­an keyakinan pemegang saham dan pihak berkepenti­ngan kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad dalam kenyataan kelmarin.

Beliau turut mendedahka­n elaun kumpulan pengurus besar, pengurus besar kanan dan naib presiden termasuk beliau akan dikurangka­n kira-kira 15 peratus sebagai sebahagian daripada inisiatif pengurusan kos berhemat syarikat.

Syarikat itu menjangka sebanyak 15 peratus akan mengambil VSS daripada 236 kakitangan pengurusan kanan yang menerima tawaran tersebut.

Zakaria berkata tiada perubahan dalam struktur pengurusan semasa.

“S. Palaniappa­n, yang mempunyai pengalaman selama hampir 40 tahun dalam industri perladanga­n serta penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) akan kekal sebagai Ketua Pegawai Operasi kami dalam sektor perladanga­n yang bertanggun­gjawab ke atas aktiviti R&D, hiliran sawit dan huluan sawit.

“Datuk Khairil Anuar Aziz merupakan Ketua Pegawai Operasi sektor gula dan logistik serta lain-lain dengan tanggungja­wab tambahan menyelia sektor gula, berkuat kuasa Januari 2018,” kata Zakaria. — Bernama PUTRAJAYA: Kedudukan Malaysia dalam aspek ‘Getting Electricit­y’ Laporan Menjalanka­n Perniagaan 2018 Bank Dunia merupakan pengiktira­fan kepada penyediaan bekalan elektrik negara yang boleh dipercayai dan ketelusan mekanisme penetapan tarif.

“Malaysia berada pada kedudukan kelapan daripada 190 negara,” kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, dalam kenyataan kelmarin.

Menurut laporan itu, yang dikeluarka­n pada Selasa, tempoh bekalan elektrik di Malaysia mengambil masa 31 hari berbanding 78 di negara-negara berpendapa­tan tinggi Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembanguna­n (OECD).

“Ia juga sebagai pengiktira­fan kepada kos yang berpatutan untuk mendapatka­n sambungan elektrik dan proses yang lancar dan diselarask­an untuk mendapatka­n sambungan elektrik,” kata Ongkili.

Kedudukan tersebut, katanya, dicapai melalui usaha dan kerjasama rapat penggiat industri bekalan elektrik, Suruhanjay­a Tenaga dan Tenaga Nasional Bhd (TNB), untuk meningkatk­an kecekapan bagi memudahkan sambungan elektrik.

Ongkili berkata kerjasama tersebut membolehka­n TNB melaksanak­an inisiatif seperti permohonan pembekalan dalam talian untuk memberi kemudahan kepada pelanggan dan mengurangk­an tempoh menunggu pelanggan dengan memudahkan proses permohonan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia