Utusan Borneo (Sarawak)

AS bebaskan gadis cacat

-

CHICAGO: Seorang pendatang tanpa dokumen berusia 10 tahun dengan masalah ‘ cerebral palsy’ yang ditahan ejen peronda sempadan Amerika Syarikat ( AS) selepas menjalani pembedahan di hospital Texas telah dibebaskan.

Rosa Maria Hernandez dibebaskan kelmarin, tiga hari selepas peguam American Civil Liberties Union (ACLU) memfailkan saman.

Dia ditahan minggu lepas selepas menjalani pembedahan pundi hempedu di sebuah hospital 150 batu dari rumahnya di Laredo, bandar kecil di sepanjang sempadan AS-Mexico.

“Kami teruja dia kini boleh pulang ke rumah,” kata peguam ACLU Michael Tan.

“Di sebalik kelegaan kami, keputusan Peronda Sempadan untuk menyasari seorang budak perempuan di hospital kanak- kanak masih sukar diterima.

“Tiada kanak- kanak seharusnya melalui trauma ini dan kami berusaha memastikan­nya tidak akan berulang lagi,” tegasnya.

H e r n a n d e z d a l a m perjalanan ke hospital di Corpus Christi dengan ambulans apabila ejen menahan dan mengiringi­nya ke hospital, di mana mereka mengawasi dan menunggu sehingga rawatannya selesai.

Dia ditahan di sebuah pusat penempatan belia pendatang yang diuruskan kerajaan ketika menunggu kemungkina­n penghantar­an pulang ke tempat asalnya.

Kesnya menimbulka­n kemarahan umum dan membangkit­kan persoalan mengenai keutamaan dalam penguatkua­saan imigresen.

Kerajaan menyatakan ia bertanggun­gjawab menahan budak itu yang datang tanpa ibu bapa atau penjaga rasmi.

Namun seorang saudara rakyat AS menemani Hernandez, bukan ibu bapanya, kerana mereka bimbang ditangkap.

Mereka memasuki AS dari Mexico secara haram ketika budak itu berusia hanya tiga bulan, supaya anak mereka itu boleh mendapat rawatan perubatan yang lebih baik.

Pentadbira­n untuk KanakKanak dan Keluarga di Jabatan Kesihatan dan Khidmat Manusia AS, agensi yang menahan Hernandez, enggan mengulas kes. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia