Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Australia kecam krisis di Manus

Digambarka­n PBB sebagai kecemasan kemanusiaa­n, ramai seru pertimbang­an

-

SYDNEY: Lebih 1,000 mengadakan demonstras­i di Australia semalam bagi mengecam layanan terhadap ratusan pencari suaka di sebuah pusat tahanan luar pantai yang digambarka­n PBB sebagai kejadian kecemasan kemanusiaa­n.

Kira- kira 600 lelaki berkurung di dalam kem tersebut di pulau terpencil Manus di Papua New Guinea ( PNG), menolak usaha Australia dan PNG untuk menutupnya.

Makanan, air paip dan perkhidmat­an perubatan telah diputuskan Australia lima hari lalu.

Pihak berkuasa Australia mahu mereka berpindah ke pusat transit di tempat lain di pulau tersebut pada permulaan proses yang dikhuatiri mereka akan mengakibat­kan penempatan semula di PNG atau negara membangun lain/

Mereka juga khuatirkan serangan ganas komuniti tempatan.

“Mereka tidak melakukan sebarang jenayah melainkan perkara yang pasti akan kita lakukan sekiranya mendapati nyawa kita atau keluarga kita dalam risiko,” kata Ahli Parlimen Adam Bandt dari parti Hijau di bandar kedua terbesar Australia Melbourne.

Demonstras­i lebih kecil telah diadakan di Sydney.

Pusat Manus, salah satu pulau kecil Nauru di Pasifik, merupakan bahagian utama dalam polisi imigresen ‘ Sempadan Berdaulat’ Australia yang menimbulka­n kontrovers­i, di mana ia menolak pencari suaka yang tiba dengan bot.

Polis itu dikecam hebat PBB dan kumpulan hak asasi manusia, tetapi disokong kerajaan haluan tengah-kanan dan pihak pembangkan­g Buruh.

Jurucakap hak asasi manusia PBB Rupert Colville memberitah­u sidang akhbar di Geneva kelmarin mengenai kejadian kecemasan kemanusiaa­n di pusat Manus di mana pencari suaka dilaporkan menggali telaga untuk mendapatka­n air.

Penempatan semula kumpulan itu disebut sebagai langkah sementara bagi memberi masa kepada Amerika Syarikat ( AS) untuk menapis pencari suaka dalam perjanjian pertukaran pelarian yang dipersetuj­ui tahun lepas, di mana Australia akan menerima pelarian dari Amerika Tengah.

Ketua Buruh Bill Shorten menyeru Perdana Menteri Malcolm Turnbull untuk m emper timbang tawaran N e w Zealand yang mahu menerima 150 pelarian kem Manus dan Nauru. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? BELAS KASIHAN: Penunjuk perasaan membawa sepanduk dan kain rentang ketika mengadakan demonstras­i protes hak pelarian di tengah Melbourne, semalam.
— Gambar Reuters BELAS KASIHAN: Penunjuk perasaan membawa sepanduk dan kain rentang ketika mengadakan demonstras­i protes hak pelarian di tengah Melbourne, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia