Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah buaya hantui Disney World di Miami

-

MIAMI: Disney World mengetahui ia mempunyai masalah buaya lama sebelum salah seekor haiwan itu membaham seorang kanakkanak di pusat peranginan terkenal itu tahun lepas, menurut data rasmi kelmarin.

Sepanjang tempoh 15 bulan sebelum seekor buaya mengheret Lane Graves yang berusia dua tahun ke dalam air pada 14 Jun, 2016, 45 buaya telah ditangkap dalam kawasan Disney, menurut Suruhanjay­a Pemulihara­an Ikan dan Hidupan Liar Florida (FFWCC).

Semenjak serangan sehingga September tahun ini, pihak berkuasa telah menangkap 95 buaya dalam Disney.

Terdapat papan tanda jangan berenang di mana Graves dibaham ketika bermain di pantai tepi tasik di sebuah hotel Disney, seberang dari taman tema Magic Kingdom, namun tiada amaran mengenai buaya.

Tidak lama selepas serangan itu, Disney meletakkan papan tanda di tasik yang memberi amaran tentang ular dan buaya, namun langkah itu hanya berkesan sebagai satu pencegahan terhadap pelancong memandangk­an buaya boleh memanjat melepasi penghadang.

Penyelam telah menemui mayat budak lelaki pada hari berikutnya dalam air berlumpur berhampira­n dengan di mana beliau telah ditangkap.

Disney telah meletakkan satu patung rumah api sebagai penghormat­an buat beliau, sementara ibu bapanya telah melancarka­n sebuah yayasan dengan namanya.

Pihak Florida Fish and Wildlife Conservati­on C o m mi s s ion telah membenarka­n penangkap buaya untuk mengeluark­an sehingga 400 ekor buaya sepanjang lebih empat kaki dari beberapa fasiliti Disney sehingga 2023.

Disney World merupakan sebuah kompleks pusat peranginan besar- besaran yang mempunyai beberapa taman tema, taman air, hotel dan padang golf.

Buaya lazim ditemui di kawasan luas air tawar di sekitar Florida yang amat berpaya, namun ia jarang menyerang manusia.

Pada tahun 1970- a n, reptilia tersebut merupakan sejenis spesis yang diancam kepupusan dan hanya berjumlah ribuan.

Pada hari ini, hasil daripada usaha pemulihara­an, dianggarka­n 1.3 juta daripadany­a masih menghuni sekitar kawasan wilayah tenggara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia