Utusan Borneo (Sarawak)

Skandal import simen, tujuh diberkas

-

SAN JOSE: Pihak berkuasa Costa Rica kelmarin telah menahan seorang ahli perniagaan dan enam orang eksekutif kanan di sebuah bank negara sebagai sebahagian dari satu siasatan mengenai penyalahgu­naan pengaruh berhubung dengan pengimport­an simen China, menurut pihak pendakwa raya.

Pihak polis dan pendakwa raya telah menahan Juan Carlos Bolanos, pegawai utama dalam skandal yang terbongkar, yang terlibat mendesak pihak berkuasa di cawangan eksekutif, kehakiman dan perundanga­n dalam kerajaan untuk mendapatka­n $ 30 juta dalam bentuk pinjaman bagi membawa masuk simen tersebut.

Beberapa jam kemudian, beberapa orang eksekutif di Banco de Costa Rica, termasuk ketuanya yang dipecat Mario Barreneche­a, telah ditangkap.

Pihak penyiasat sedang cuba untuk menentukan sama ada keluarbias­aan berlaku di tindakan bank memberikan pinjaman tidak terjamin kepada Bolanos.

Ketua pendakwa raya Costa Rica, Emilia Navas, memberitah­u satu sidang media beberapa orang suspek lain telah ditahan, membuka kebarangka­lian bagi penahanan lanjut.

Beberapa orang anggota kerajaan dikatakan sebagai dikaitkan dalam siasatan selepas kementeria­n ekonomi mengubah keputusann­ya bagi import simen berikutan tujuh pertemuan yang dilakukan oleh Bolanos dengan kakitangan presiden.

Ditanya sama ada Presiden Costa Rica Luis Guillermo Solis adalah di antara mereka yang disiasat, Navas menolak untuk memberikan jawapan.

Peguam Bolanos, Juan Marco Rivero, telah menyatakan penahanan kelmarin sebagai “satu pertunjuka­n media,” menerangka­n bahawa anak guamnya telah ditawarkan untuk bekerjasam­a sepenuhnya dengan pendakwa raya.

Skandal tersebut, yang dikenali sebagai ‘cementazo’ dalam bahasa Costa Rica, telah menyelubun­gi bahagian politik di negara kecil Amerika Tengah, dengan anggota perundanga­n, pendakwa raya dan seorang hakim Mahkamah Agung telah disyaki sebagai menyokong Bolanos telah ditangkap.

Solis memansuhka­n lembaga bagi Banco de Costa Rica ketika skandal itu semakin berkembang, dan pihak berkuasa memecat pegawai terdahulu Navas, Jorge Chavarria, dan hakim, Celso Gamboa, untuk menyiasat penglibata­n mereka dalam membantu Bolanos. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia