Utusan Borneo (Sarawak)

USUL MA63 DIBENTANG

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri akan membentang­kan usul mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 8 hingga 17 November ini.

Speaker DUN Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar berkata, usul ini akan dicadangka­n oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan disokong oleh Tan Sri James Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Ditanya lebih lanjut mengenai usul itu, Asfia berkata ia adalah susulan daripada lawatan pasukan perundanga­n Sarawak ke London bagi mengkaji dokumen-dokumen penting mengenai perjanjian tersebut.

“Saya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai usul ini, tetapi ia adalah susulan daripada lawatan ke London barubaru ini dan terdapat keperluan segera untuk mendapatka­n sokongan daripada DUN berhubung hak-hak Sarawak seperti Akta Laut Wilayah dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Prapersida­ngan DUN BN di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini semalam yang dipengerus­ikan oleh Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri dan Presiden PBB, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Terdahulu pada sidang media itu, Asfia berkata empat rang undang-undang kerajaan akan dibentangk­an pada mesyuarat ini pertama Rang Undang-Undang Bekalan (2018), 2017 oleh Ketua Menteri.

Kedua, Rang Undang-Undang Sarawak Multimedia Authority 2017 yang akan dibentangk­an oleh Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan EPerdagang­an.

Rang Undang-Undang Majlis Pembanguna­n dan Penyelidik­an Sarawak 2017 oleh Menteri Pendidikan, Sains dan

Usul akan dicadang oleh Uggah pada sidang DUN mulai 8 hingga 17 November: Asfia

Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Rang Undang-Undang Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (Pindaan) 2017 oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

“Dua daripada empat rang undangunda­ng ini iaitu Rang Undang-Undang Sarawak Multimedia Authority dan Rang Undang-Undang Majlis Pembanguna­n dan Penyelidik­an Sarawak merupakan rang undang-undang baharu.

“Bacaan pertama dan kedua untuk Rang Undang-Undang Bekalan (2018) 2017 adalah pada 8 November manakala bacaan ketiga pada 17 November.

“Rang Undang-Undang Sarawak Multimedia Authority pula akan dibaca untuk kali pertama, kedua dan ketiga pada 8 November manakala Rang Undang-Undang Majlis Pembanguna­n dan Penyelidik­an Sarawak akan dibaca untuk kali pertama dan kedua pada 8 November diikuti bacaan ketiga pada 9 November.

“Manakala Rang UndangUnda­ng Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (Pindaan) 2017 akan dibaca untuk kali pertama dan kedua pada 8 November diikuti dengan bacaan ketiga pada 9 November,” kata Asfia.

Dalam pada itu, mesyuarat kali ini turut menerima sembilan usul daripada pembangkan­g, satu daripada Baru Bian (PKR-Ba’ Kelalan) mengenai Pemakai Menoa dan Pulau Galau, dua usul daripada David Wong ( DAP- Pelawan), satu usul daripada Irene Chang (DAP-Bukit Asek), satu usul daripada See Chee How (PKR-Batu Lintang), tiga usul daripada Dr Ting Tiong Choon (DAP-Pujut) dan satu usul daripada Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa).

Sebanyak 326 soalan lisan dihantar oleh 49 ahli DUN dan 77 soalan bertulis diterima daripada 10 ahli DUN.

Pemilihan senator juga akan diadakan pada 9 November untuk menggantik­an Senator Datuk Lihan Jok serta pelancaran setem baharu DUN sempena perayaan 150 tahun DUN oleh Ketua Menteri di Autrium Kompleks DUN selepas ucapan bajet.

 ??  ?? SELESAI: Abang Johari meninggalk­an bilik mesyuarat PBB selesai mesyuarat prapresida­ngan DUN, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Awang Tengah, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Uggah, Soon Koh dan Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.
SELESAI: Abang Johari meninggalk­an bilik mesyuarat PBB selesai mesyuarat prapresida­ngan DUN, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Awang Tengah, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Uggah, Soon Koh dan Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia