Utusan Borneo (Sarawak)

KERETA MUSNAH TERBAKAR DALAM INSIDEN DI MUKAH, SARIKEI

-

MUKAH: Seorang pemandu nyaris maut apabila kereta dipandunya terbakar 100 peratus setelah terbabas di bahu kiri jalan di Jalan MukahBalin­gian pagi semalam.

Dalam kejadian itu, sekitar jam 6 pagi, mangsa iaitu seorang lelaki berumur 21 tahun sedang memandu dari Mukah menuju ke Balingian dikatakan hilang kawalan.

Di Kilometer 25 jalan terbabit, kereta dipandu mangsa terbabas dan melanggar sebatang tiang telefon yang mengakibat­kannya terus terbakar.

Bagaimanap­un, pemandu dikatakan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di badan.

Menurut laporan daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat (Bomba) Sarawak, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran kenderaan dimaksudka­n sekitar 6.53 pagi.

Jentera pertama tiba di lokasi adalah pada 7.13 pagi dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 7.25 pagi.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau, ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan kes berkenaan.

Dalam kejadian berasingan di Sarikei, sebuah kereta dipandu seorang lelaki, 25, dari Roban juga terbakar setelah terlibat kemalangan kendiri di Jalan Repok, tengah malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei DSP Zamry Alli berkata kemalangan itu dipercayai berlaku sekitar jam 12.30 malam ketika lelaki itu dalam perjalanan menuju ke pusat bandar.

“Siasatan awal mendapati mangsa tidak menyedari terdapat satu lencongan dibuat di lokasi terbabit berikutan kerja-kerja pembinaan parit di situ.

“Kenderaan dipandu mangsa bergerak lurus dan merempuh penghadang jalan lalu melanggar benteng parit yang sedang dibina dan terus terbakar.

“Namun, pemandu terbabit yang memandu sendirian tidak mengalami sebarang kecederaan dan sempat keluar dari kenderaan sebelum terbakar,” katanya di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Suna Kaha berkata anggota bomba mengambil masa kurang sepuluh minit memadam kebakaran kenderaan tersebut.

“Seramai lapan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBKII), Harun Jenai bersama sebuah jentera pemadam dan sebuah kenderaan EMRS digunakan dalam operasi itu,” katanya.

 ?? — Gambar ihsan Bomba ?? PADAM: Anggota bomba memadam kebakaran kereta dalam insiden di Jalan Mukah-Balingian pagi semalam.
— Gambar ihsan Bomba PADAM: Anggota bomba memadam kebakaran kereta dalam insiden di Jalan Mukah-Balingian pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia