Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang patah kaki terlibat kemalangan kendiri

Sebelum kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Lutong ke Kuala Baram kira-kira jam 4 pagi

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Seorang lelaki patah kaki kanan selepas motosikal ditunggang­nya terlibat kemalangan kendiri di Jalan Lutong-Kuala Baram berdekatan Kampung Senadin di sini, awal pagi semalam.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 20-an sebelum kejadian sedang dalam perjalanan dari Lutong menuju ke Kuala Baram kira-kira jam 4 pagi.

“Motosikal ditunggang mangsa dipercayai tiba-tiba hilang kawalan menyebabka­n mangsa terbabas ke longkang di tepi jalan.

“Mangsa dalam keadaan selamat dan tidak lemas, namun kerana kecederaan dialami, mangsa tidak dapat meminta bantuan dari penghuni rumah berdekatan,” kata sumber itu.

Sumber berkata penduduk kampung berdekatan menyedari mangsa duduk di tepi jalan kira-kira jam 6.30 pagi, lalu menghubung­i ambulans untuk mendapatka­n bantuan.

Pasukan paramedik Hospital Miri telah memberi

“Motosikal ditunggang mangsa dipercayai tiba-tiba hilang kawalan menyebabka­n mangsa terbabas ke longkang di tepi jalan. ” Sumber

rawatan awal kepada mangsa lalu membawanya ke hospital untuk rawatan selan- jutnya.

Dalam kejadian berasingan, dua wanita cedera ringan selepas kereta dipandu dipercayai hilang kawalan lalu memasuki longkang di Jalan Miri-Lutong di sini awal pagi semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi semasa mangsa dari arah pusat bandar ke Pujut.

Mangsa yang cedera ringan diberi rawatan awal oleh pasukan paramedik hospital dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

 ??  ?? CEDERA: Mangsa patah kaki akibat kemalangan kendiri, diberi rawatan awal oleh pasukan paramedik Hospital Miri.
CEDERA: Mangsa patah kaki akibat kemalangan kendiri, diberi rawatan awal oleh pasukan paramedik Hospital Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia