Utusan Borneo (Sarawak)

Penumpang van patah paha dalam kemalangan

-

BINTANGOR: Kemalangan kendiri melibatkan sebuah van di Jalan Bintangor di sini petang kelmarin menyebabka­n seorang penumpangn­ya patah paha.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata kemalangan berlaku sekitar jam 5.15 petang.

“Ketika anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Ahmad Salim Mokthar bersama tujuh anggota tiba di lokasi, mereka mendapati sebuah van terbabas masuk ke dalam gaung sedalam dua meter.

“Berikutan itu pemantauan dilakukan dan mendapati seorang wanita tidak dapat keluar dari dalam kenderaan terbabit kerana mengalami kecederaan.

“Setelah diperiksa, mangsa mengalami patah di bahagian paha dan bomba menggunaka­n kaedah ‘stertcher’ membawa mangsa keluar dari kenderaan,” katanya di sini semalam.

Pemandu dan seorang lagi penumpang turut mengalami kecederaan dibawa menggunaka­n ambulans untuk mendapatka­n rawatan di hospital berhampira­n.

Satu lagi kes berasin- gan, sebuah rumah nyaris terbakar kerana kelalaian seorang penghuni terlupa memadam dapur ketika memasak air.

Menurut Nicholas, kejadian berlaku sekitar jam 7.20 petang kelmarin di kawasan perumahan, Jalan Taman Bintang di sini.

“Bomba mengambil masa setengah jam memadamkan sepenuhnya kebakaran itu dan tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan berlaku,” katanya.

 ??  ?? TERBABAS: Anggota bomba berusaha membawa mangsa keluar dari dalam van yang terbabas ke dalam gaung.
TERBABAS: Anggota bomba berusaha membawa mangsa keluar dari dalam van yang terbabas ke dalam gaung.
 ??  ?? MENCEMASKA­N: Kebakaran dapur di Jalan Taman Bintang, petang kelmarin.
MENCEMASKA­N: Kebakaran dapur di Jalan Taman Bintang, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia