Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan RM1b bukti kepedulian kerajaan pusat

Sarawak cadang guna wang DBOS baik pulih, bina sekolah daif, PM lulus peruntukan dalam Bajet 2018

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Peruntukan RM1 bilion dalam Bajet 2018 untuk membaik pulih dan membina sekolah daif di Sarawak menunjukka­n kepedulian dan keprihatin­an kerajaan pusat terhadap keperluan rakyat negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pada mulanya Kerajaan Negeri Sarawak bercadang menggunaka­n pembiayaan kewangan Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) bagi tujuan itu terlebih dahulu namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan RM1 bilion semasa pembentang­an Bajet 2018 baru-baru ini.

Beliau memberitah­u, membangunk­an sekolah daif menerusi DBOS dimaklumka­n kepadanya pada mesy- uarat khas antaranya dengan Abang Johari sebelum ini.

Tambahnya hasil mesyuarat khas itu seterusnya dikemukaka­n kepada Najib dan Perdana Menteri menunjukka­n ‘ bahasa badan’ bahawa ia cadangan ‘bijak’ daripada Ketua Menteri (Abang Johari) dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Sehubungan itu katanya, beliau menetapkan tempoh dua minggu kepada kerajaan negeri untuk menyiapkan kertas kerja untuk dikemukaka­n kepada Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerus­ikan Perdana Menteri dan menerima kertas kerja itu dalam tempoh ditetapkan.

“Saya ( mulanya) jangka tentulah Perdana Menteri bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Sarawak, menggunaka­n kewangan DBOS, tetapi 27 Oktober lalu, wang DBOS tidak digunakan sebaliknya dengan hati tulus, ikhlas Yang Amat Berhormat ( Najib) meluluskan peruntukan RM1 bilion tanpa menggunaka­n wang DBOS.

“Kalau bukan muka ‘manis’ Ketua Menteri (Abang Johari) mana mungkin Per- dana Menteri mahu mendengar. Saya tak fikir Datuk Patinggi Abang Jo ada jampi tetapi pemimpin yang ikhlas seperti beliau mendapat sokongan rakyat yang ikhlas, sebab itulah Perdana Menteri bersetuju memberi peruntukan RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ekspresi Negaraku di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, Petra Jaya di sini semalam.

Ahmad Zahid berkata apabila Sabah mendengar permohonan Kerajaan Negeri Sarawak, Sabah turut membuat permohonan sama, dan Perdana Menteri terus mempersetu­juinya kerana beliau seorang pemimpin yang mendengar suara rakyat.

Tambahnya ia turut membuktika­n peruntukan kerajaan bukan hanya berkisar kepada bantuan untuk Semenanjun­g sahaja dan bukan soal ‘Sabah for Sabahan’ atau ‘Sarawak for Sarawakian’, tapi hasrat kerajaan adalah memastikan kesejahter­aan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya kesenangan, keharmonia­n dan kesejahter­aan bukannya datang dari langit, tetapi hasil kepimpinan baik yang mendapat sokongan seluruh rakyat, diwarisi dan diperjuang­kan bukan untuk masa tertentu sahaja, tetapi lebih penting dipupuk serta dipelihara selamanya.

“Dalam Keadaan itulah kita, bersama-sama dalam majlis Ekspresi Negaraku ini, bukan sekadar mahu menterjema­hkan dukungan kita hari ini tetapi apabila kerajaan mendengar suara hati kita, denyut nadi kita.

“Apabila tiba masanya, bantulah apa yang sepatutnya dibantu untuk memperkuku­hkan kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n sedia ada,” ujarnya.

Mengenai program itu Ahmad Zahid berkata ia bukan program biasa tetapi satu manifestas­i kepedulian kerajaan negeri dan kerajaan pusat kepada semua kumpulan rakyat di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

“Program Ekspresi Nega- raku hari ini adalah manifestas­i kepedulian kerajaan kepada semua kaum, tanpa mengira bangsa, agama, atau warna kulit dan ia bukan sekadar ucapan retorik, sebaliknya semua pelaksanaa­n (program-program pembanguna­n) kerajaan diusahakan dengan gigih untuk semua,” katanya.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Penerangan dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Blaun, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr sim Kui Hian dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

“Saya (mulanya) jangka tentulah Perdana Menteri bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Sarawak, menggunaka­n kewangan DBOS, tetapi 27 Oktober lalu, wang DBOS tidak digunakan sebaliknya dengan hati tulus, ikhlas Yang Amat Berhormat (Najib) meluluskan peruntukan RM1 bilion tanpa menggunaka­n wang DBOS. ” Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia