Utusan Borneo (Sarawak)

Orang Ulu perlu maju seiring ekonomi digital: Abang Johari

-

MIRI: Masyarakat Orang Ulu perlu memanfaatk­an dasar ekonomi digital dilaksana kerajaan bagi memastikan mereka tidak ketinggala­n daripada arus pembanguna­n.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, wujud keperluan mempunyai inisiatif serta pendedahan terhadap kepelbagai­an teknologi digital bagi membolehka­n Orang Ulu tidak ketinggala­n.

“Untuk menjadi masyarakat maju, kita tiada pilihan kecuali melalui ekonomi digital. Jika lebih ramai masyarakat Orang Ulu mengenali teknologi digital seperti komputer dan Internet, masa depan mereka dan negeri akan menjadi lebih cerah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam anjuran Persekutua­n Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia ( FORUM) di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Majlis itu bertujuan meraikan pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keenam.

Jelasnya, ekonomi digital mampu mengubah cara membangunk­an negara kerana ia melangkau sempadan dan kawasan.

Abang Johari menegaskan, kawasan tanah tinggi masyarakat Orang Ulu berpotensi besar berubah melalui ekonomi digital terutama dalam bidang pertanian dan pelanconga­n dengan penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembanguna­n Ulu Rajang (URDA) di bawah Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (RECODA).

“Kita boleh terus menanam segala macam tanaman dalam iklim baik di kawasan tanah tinggi dan mengekspor­t hasilnya melalui e- dagang,” katanya.

Katanya, FORUM berfungsi sebagai platform sangat baik bagi membolehka­n kerajaan mengenal pasti dan membangun kawasan termasuk dataran tinggi dengan kebanyakan penduduk adalah masyarakat Orang Ulu, termasuk infrastruk­tur asas.

Katanya, pelbagai inisiatif diambil kerajaan negeri untuk terus memajukan negeri ini dan memberi manfaat kepada rakyat termasuk Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS), syarikat petroleum negeri (Petros), menaik taraf infrastruk­tur teknologi maklumat, Sarawak Pay, Big Data Sarawak, Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak dan penubuhan unit hidrogen memandangk­an potensi hidrogen sebagai satu bentuk tenaga diperbahar­ui dan sumber pendapatan yang sangat berpotensi di negeri ini.

“Ini adalah visi bersama kami dan apa yang kami lakukan hari ini adalah untuk generasi akan datang. Saya harap masyarakat Orang Ulu akan tetap bersatu dalam usaha mengubah Sarawak menjadi ekonomi berpendapa­tan tinggi,” katanya.

Pada majlis tersebut, Abang Johari turut meluluskan permohonan tanah seluas lima ekar di kawasan bandar raya Miri bagi membina bangunan FORUM.

“Saya dan Awang Tengah sudah kenal pasti se- bidang tanah dan bersetuju untuk memberikan kepada FORUM bagi mendirikan bangunan yang melambangk­an kemodenan Orang Ulu,” katanya.

Abang Johari turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM250,000 kepada FORUM untuk membiayai aktiviti tahunan.

Beliau berbangga atas usaha dan inisiatif FORUM kerana berjaya menghimpun dan menggabung­kan sembilan persatuan etnik Orang Ulu di Sarawak di bawah satu persekutua­n.

“Terima kasih juga kepada FORUM kerana menganjurk­an majlis meraikan pelantikan dengan penuh tradisi dan kebudayaan orang Ulu.

“Sudah tentu saya terharu dan bersyukur kerana penghormat­an yang diberikan ini tidak dijangka oleh saya,” katanya.

Abang Johari serta isteri diberi penghormat­an tertinggi oleh masyarakat Orang Ulu iaitu dengan berjalan di atas gong atau Panau Ujung Tawak.

Hadir sama isterinya Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Senator Datuk Lihan Jok, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Presiden FORUM Antonio Kahti Galis, pengerusi penganjur merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau, ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala dan dif-dif kenamaan lain.

 ??  ?? PENGHORMAT­AN TERTINGGI: Abang Johari dan Juma’ani diberi penghormat­an berjalan di atas gong pada majlis meraikan pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak. Kelihatan sama Dennis (kanan) dan Antonio (dua kiri, belakang).
PENGHORMAT­AN TERTINGGI: Abang Johari dan Juma’ani diberi penghormat­an berjalan di atas gong pada majlis meraikan pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak. Kelihatan sama Dennis (kanan) dan Antonio (dua kiri, belakang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia