Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Kedayan perlu mempunyai kapasiti pengetahua­n dan kepandaian

-

LAWAS: Masyarakat Kedayan perlu mempunyai kapasiti pengetahua­n dan kepandaian memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan negara meskipun merupakan masyarakat minoriti.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ramai masyarakat Kedayan berjaya dalam pelbagai bidang dan menyandang jawatan tinggi dalam pelbagai sektor.

Oleh itu katanya, amat penting bagi masyarakat itu mempunyai semangat memajukan diri dengan menekankan pendidikan sebagai bidang penting untuk berjaya.

“Walaupun kita minoriti, jika ada kapasiti pengetahau­n dan kepandaian kita mampu memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan pembanguna­n keseluruha­nnya,” katanya pada Makan Tahun Perdana Kedayan Peringkat Daerah Lawas Ke-4, di sini semalam.

Turut sama Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agong, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, ADUN Lambir Ripin Lamat, Ahli Dewan Negara yang juga Timbalan Ketua UMNO Labuan Senator Datuk Bashir Alias, Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim, Pengerusi PK Lawas Haris Majid dan jemputan lain.

Beliau berkata, tema Makan Tahun Kedayan Lawas ‘sepumpung baik antap dari beuwai’ merupakan simbol kaum Kedayan terus mengukuhka­n kerjasama dan bersatu padu.

“Saya tertarik dengan tema Makan Tahun Kedayan, kita perlu bersatu antara satu sama lain.

“Walaupun budaya dan bahasa kita berbeza namun kita dapat hidup bersatu, harmoni dan aman damai. Inilah harus dipertahan­kan bagi menuju ke hadapan,” ujarnya.

Awang Tengah berkata, masyarakat Kedayan perlu merebut peluang dalam era globalisas­i yang digerak dengan ilmu pengetahua­n dan menjayakan hasrat kerajaan ke arah ekonomi digital.

Katanya kaum Kedayan perlu memainkan peranan dan tanggungja­wab terhadap pembanguna­n masyarakat, negeri dan negara.

Sementara itu, budaya Makan Tahun merupakan salah satu adat kaum Kedayan yang dahulunya dilakukan selepas menuai padi.

Makan Tahun diadakan sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat hasil menuai padi memberangs­angkan dan bagi mengharapk­an mendapat pendapatan lebih baik pada masa akan datang.

Terdapat sebanyak 27 perkampung­an Kedayan di daerah Lawas.

Pada program itu, Awang Tengah mengumumka­n peruntukan sejumlah RM40,000 manakala Henry Sum RM15,000 dan RM10,000 daripada Menteri Muda Solidariti Rosey Yunus dan RM10,000 daripada Ripin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia