Utusan Borneo (Sarawak)

280 graduan TCS menerima sijil, diploma dan ijazah

-

KUCHING: Seramai 280 graduan Kolej Teknologi Sarawak ( TCS) menerima sijil, diploma dan ijazah dalam pelbagai jurusan pada Konvokesye­n Ke-14 TCS yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Mereka yang diraikan semalam merupakan graduan dalam bidang Asas Perniagaan, Diploma Pengurusan Teknologi, Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan), Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi).

Pada konvokesye­n tersebut, turut disampaika­n Anugerah Graduan Terbaik kepada Nur Shakirin Mohamad Ayubhan ( Ijazah), Hartikah Abdul Harrys (Diploma) dan Mohd Nazreen Hussain (Asas).

Pengiktira­fan khas turut diberikan kepada dua pensyarah TCS iaitu Aida Junina Dol @Don dan Lissa Natalia Linom atas dedikasi dalam mendidik generasi masa depan dari Sabah dan Sarawak.

Anugerah serta sijil telah disampaika­n oleh Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah diiringi Ketua Eksekutif TCS Azri Nor Abdul Rahman.

Dalam ucapannya, Azri berkata TCS telah melangkah jauh bermula dengan kohort pertama 90 graduan sehinggala­h kohort ke- 14 semalam melibatkan seramai 280 graduan.

Pencapaian ini adalah hasil dedikasi tinggi TCS ke arah pembanguna­n pendidikan belia khususnya di negeri ini.

“Dengan peningkata­n maklumat baharu, kami di TCS mendedahka­n pelajar kami kepada konsep pembelajar­an sepanjang hayat serta cara inovatif untuk pelajar menerokai maklumat dengan lebih cekap.

“Atas sebab itu, TCS baru- baru ini telah memperkena­lkan Pendidikan Bersepadu TCS atau T.I.E untuk memastikan pelajar kami memperoleh kemahiran praktikal dan teori yang seimbang,” katanya.

Tambah Azri, T. I. E merupakan sistem yang dimodelkan mengikut garis panduan latihan industri moden dan diilhamkan kursus-kursus perintis di institusi antarabang­sa terkenal seperti Stanford dan Harvard University di Amerika Syarikat.

Dalam T.I.E, para pelajar menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai medium bahasa utama mereka, mengenal pasti projek dan mengembang­kannya berdasarka­n garis panduan pengurusan projek di bawah bimbingan tutor.

Maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan di TCS boleh didapati menerusi www.tcs.edu.my dan ikuti laman Facebook Technology College Sarawak dan instagram TCSCollege.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia