Utusan Borneo (Sarawak)

Tanpa kemahiran, ilmu sukar bagi Bidayuh berdepan cabaran Industri 4.0

-

MIRI: Tanpa kemahiran dan ilmu pengetahua­n, amat sukar untuk generasi baharu Bidayuh berdepan cabaran getir revolusi perindusti­an keempat (Industri 4.0) yang berlaku di seluruh dunia sekarang.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong khuatir belia Bidayuh mengalami masalah penganggur­an kerana gagal memenuhi kriteria diperlukan industri.

“Cabaran abad ke-21 akan lebih getir. Sekarang ialah revolusi kedua perindustr­ian iaitu 2.0 berbanding negara lain dalam Industri 4.0.

“Kita tiada pilihan, suka atau tidak. Kita tidak boleh berada di 3.0 tetapi terus kepada 4.0. Oleh itu kita harus bekerja 100 kali lebih keras untuk bersedia menghadapi cabaran Industri 4.0.

“Ketika itu, sesiapa tidak ada kemahiran, tidak menda- pat pekerjaan,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa menitikber­atkan pendidikan anakanak sebagai persediaan awal berdepan cabaran tersebut yang memerlukan generasi berkemahir­an tinggi.

Beliau berkata demikian merasmikan Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke40 Persatuan Kebangsaan (Dayak Bidayuh DBNA) Miri di sini kelmarin.

Bertema ‘Proud Past, Progressiv­e Future’, majlis dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada ahli dan rakan.

Manyin memberitah­u, selepas 62 tahun, kaum Bidayuh mengalami banyak perubahan dan mengecapi pelbagai kejayaan sebaris dengan kaum lain.

Keadaan berbeza pada era 50-an dan 60-an kerana masih ramai belum berani berhijrah dan berdepan cabaran hidup di bandar.

Generasi pertama di bandar pula mengalami masalah tiada kediaman dan tiada kenalan selain berdepan kejutan budaya.

“Saya kerap menggalakk­an Bidayuh di kampung bergerak ke depan dengan berhijrah ke bandar. Hari ini anda berasa lebih selesa kerana ada ramai kawan.

“Jangan hanya berkurung di kawasan rumah anda, kerana anda tidak akan pandai berubah. Keluar dan hadapi cabaran. Ini baharulah semangat orang Bidayuh,” tegasnya.

Mengulas lanjut, kaum Bidayuh sekarang berbangga dengan kaum dan bahasa ibunda mereka.

“Mana-mana saya pergi, di Miri, Sibu, Sarikei, Kapit, Johor, Kota Kinabalu, tiada Bidayuh yang malu digelar Bidayuh. Inilah perubahan besar. Disebabkan kita telah berubah,” jelasnya.

Terdahulu, Pengerusi DBNA Miri Kapten Bernard Idit berkata, sekarang seramai 5,000 penduduk Bidayuh menetap di Miri, tertumpu di Tudan, Permyjaya, Senadin, Lutong, Pujut, Taman Bumiko, Luak Bay, Ocean Park, Holiday Park, Taman Delight Airport, Riam, Taman Tunku, Taman Jelita, Kampung Lusut dan Kampung Bidayuh.

Terdapat juga Bidayuh menetap di daerah Subis dan Marudi Baram.

Majlis turut menyaksika­n penyerahan insentif pelajar cemerlang iaitu seramai 13 orang untuk peperiksaa­n SPM dan seorang STPM.

Sijil pengiktira­fan juga disampaika­n kepada tujuh penerima diploma, enam ijazah sarjana muda, dua ijazah sarjana dan seorang doktor falsafah dalam pentadbira­n perniagaan. BINTULU: Commerce Square Mall Bintulu dengan kerjasama Perpustaka­an Awam BDA akan menganjurk­an Pesta Kanak-Kanak 2017 yang akan diadakan di ruang legar pusat beli-belah berkenaan pada 11 November ini.

Dalam acara bermula jam 1 hingga 6 petang itu, pelbagai program menarik dirancang buat kanak-kanak termasuk pertanding­an mewarna, acara permainan dan karaoke, pertunjuka­n fesyen, aerodance dan zumba serta pelbagai program lain.

Jawatankua­sa penganjur dalam pada itu menyeru semua kanak-kanak sekitar kawasan Bintulu turut serta dalam program bercorak interaktif dan menyeronok­kan ini.

Borang penyertaan boleh didapati di Perpustaka­an Awam BDA dan bahagian pengurusan Commerce Square Mall Bintulu.

Untuk pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi Perpustaka­an Awam BDA di talian 086- 331812 atau pihak pengurusan Commerce Square di talian 086344118/119.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia