Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak capai nisbah 90:10 guru tempatan bukan kegagalan

-

JULAU: Ketidakupa­yaan kerajaan negeri mencapai nisbah 90:10 guru tempatan dengan guru Semenanjun­g Malaysia pada tahun depan tidak harus dianggap sebagai kegagalan.

Pengerusi Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak Datuk Joseph Salang berkata kekurangan itu hanya untuk beberapa guru pakar dalam mata pelajaran penting tertentu.

“Saya yakin Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Penyelidik­an Dato Sri Michael Manyin dan kerajaan negeri masih sangat komited untuk mencapai nisbah itu.

“Tidak perlu mengutuk kerajaan mengenai apa yang berlaku dalam media sosial,” kata Salang yang juga Ahli Parlimen Julau pada hari Jumaat ketika bercakap pada Majlis Bersama Rakyat di Rumah Liba Empian di Nanga Bua dekat sini.

Katanya jika mengambil kira situasi ketika ini, terima sahaja mereka (guru Semenanjun­g) demi memberi pendidikan berkualiti kepada anak-anak kita.

Jelasnya, pada masa yang sama kita berharap dapat mencari cara untuk menangani isu ini.

“Kerajaan negeri boleh mengkaji peningkata­n pengambila­n tempatan di institusi pengajian dan universiti latihan guru kita,” katanya.

Salang berkata keadaan tersebut serupa dengan apa yang dihadapi Malaysia pada awal tahun kemerdekaa­nnya.

“Kemudian kita membawa masuk ramai guru dari Amerika Syarikat, England dan India untuk membantu guru Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik,” jelasnya.

 ??  ?? RASMI: Salang (empat kanan) merasmikan laluan kaki lima semasa kunjungan ke Rumah Hong Sing Sing di Nanga Bilat selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat pada Jumaat.
RASMI: Salang (empat kanan) merasmikan laluan kaki lima semasa kunjungan ke Rumah Hong Sing Sing di Nanga Bilat selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia