Utusan Borneo (Sarawak)

Parlimen Batang Sadong bertuah kerana dapat sentuhan kepimpinan kerajaan BN

-

SADONG JAYA: Parlimen Batang Sadong merupakan salah satu kawasan luar bandar yang sangat bertuah kerana mendapat sentuhan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, kerajaan BN melalui kepimpinan terdahulu dan sekarang telah menyumbang pelbagai pembanguna­n dan kemajuan di kawasan itu.

“Sebagai Ahli Parlimen di Batang Sadong ini, saya berasa amat bertuah kerana mempunyai pasukan kerja daripada kalangan wakil rakyat, kepimpinan masyarakat serta semua masyarakat di sini.

“Kesemua mereka amat komited membangunk­an kawasan Batang Sadong yang terdiri daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sadong Jaya, Simunjan dan Gedong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguha­n Pesta Sadong Jaya 2017 yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di pekan Sadong Jaya di sini, semalam.

Menurut Nancy, kerjasama pintar yang diamalkan wakil rakyat di sini, merupakan pendekatan terbaik untuk merancang dan melaksanak­an pem- bangunan dengan mengambil kira keperluan rakyat pada masa depan.

“Prinsip yang sama turut kami aplikasika­n dalam merancang perbelanja­aan peruntukan kerajaan sama ada di peringkat persekutua­n mahupun peringkat kerajaan negeri.

“Ini bagi memastikan tidak berlaku pertindiha­n antara projek- projek kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri dalam memastikan perancanga­n yang lebih holistik dan tersusun,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerjasama pintar antara wakil rakyat dan pemimpin masyarakat dapat diteruskan bagi memacu pembanguna­n kawasan Parlimen Batang Sadong.

Bercakap mengenai majlis itu, Nancy berkata, Pesta Sadong Jaya dianjurkan bagi mengetenga­hkan keunikan serta kepelbagai­an tradisi yang ada di Sadong Jaya seperti makanan, budaya dan kesenian.

“Inilah tema Pesta Sadong Jaya dan ia akan terus menjadi teras kepada Pesta Sadong Jaya,” katanya.

Terdahulu, seramai lebih 3,000 penduduk DUN Sadong Jaya termasuk kawasan berhampira­n mengunjung­i Pesta Sadong Jaya yang diadakan selama tiga hari bermula 3 November lalu.

Jika masih terdapat saki-baki yang belum memperoleh­i kad pengenalan dan sijil lahir, saya telah mengarahka­n Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat dan Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Sarawak menyelesai­kan biarpun selepas 1 Disember dan kami mempunyai matlamat masalah ini mesti diselesaik­an selewatlew­atnya pada September 2018. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

perlu diselesaik­an segera.

Malah, beliau berkata bagi semua pemohon yang telah mengemukak­an dokumen lengkap dan memenuhi syarat ditetapkan pula, dijangka dis- akan dan memenuhi segala dokumen dan persyarata­n bagi mendapatka­n kad pengenaan dan sijil kelahiran akan diselesaik­an pada atau sebelum 1 Disember ini.

“Jika masih terdapat sakibaki yang belum memperoleh­i kad pengenalan dan sijil lahir, saya telah mengarahka­n Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat dan Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Sarawak menyelesai­kan biarpun selepas 1 Disember dan kami mempunyai matlamat masalah ini mesti diselesaik­an selewat-lewatnya pada September 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan dan taklimat khas bersama warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini semalam.

“Kami serius dalam menangani permasalah­an ini kerana kes seperti ini telah berlaku dalam tempoh yang lama,” kata Zahid.

Selain itu, beliau juga telah mengarahka­n pengarah JPN Sarawak menubuhkan satu pasukan tugas khas untuk membantu menyelesai­kan masalah tersebut.

“Pasukan ini di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun bagi menyelesai­kan masalah ini di kawasan pedalaman terutama di kalangan masyarakat Iban dan Penan yang masih belum memiliki kad pengenalan dan sijil lahir,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Masir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? DEKATI RAKYAT: Awang Tengah (tujuh kiri) menyaksika­n Amer (enam kiri) menyerahka­n kunci rumah kepada Yoel (lapan kiri) sambil disaksikan Zaki (kiri), Edmund, Hussaini, Nor Hisham dan Paulus semalam.
DEKATI RAKYAT: Awang Tengah (tujuh kiri) menyaksika­n Amer (enam kiri) menyerahka­n kunci rumah kepada Yoel (lapan kiri) sambil disaksikan Zaki (kiri), Edmund, Hussaini, Nor Hisham dan Paulus semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia