Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak lepas tangan dalam isu banjir di Pulau Pinang

-

KUCHING: Kerajaan persekutua­n tidak lepas tangan dalam isu banjir yang berlaku di Pulau Pinang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun perbezaan parti politik yang mentadbir Pulau Pinang, bukan bererti kerajaan persekutua­n tidak menghulurk­an bantuan kepada mangsa banjir di negeri tersebut.

“Jangan politikkan isu memberi bantuan ini kerana kita tidak mengira parti politik atau kaum, setiap manusia harus dibantu apatah lagi rakyat Malaysia sendiri, keutamaan diberikan kepada semua mangsa banjir di Pulai Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan dan taklimat bersama warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini semalam.

Malah, Zahid memberitah­u bahawa kerajaan persekutua­n menerusi peruntukan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menghulurk­an bantuan bukan sahaja dalam bentuk kewangan segera tetapi juga segala bantuan yang diper- lukan.

“Bantuan seperti makanan, perlindung­an, keselamata­n, perubatan dan lain-lain bantuan yang diperlukan kita salurkan kepada semua mangsa banjir dalam tempoh kurang daripada enam jam apabila arahan itu dikeluarka­n.

“Jika ada keluarga yang masih belum memperoleh­i bantuan ini sila hubungi pegawai NADMA atau Agensi Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, RELA dan Polis Diraja Malaysia agar kita dapat mengambil tindakan segera,” tegas Menteri Dalam Negeri itu.

Mengulas lanjut berhubung isu tersebut, Zahid memberitah­u, beliau menerima panggilan telefon daripada Ketua Menteri Pulau Pinang sekitar jam 3.33 pagi untuk mengerahka­n bantuan ke negeri tersebut.

“Sekali lagi Lim telah menghubung­i saya dan mengesahka­n bantuan itu telah berada di Pulau Pinang sekitar jam 12.41 tengah hari.

“Pendirian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Ra- zak) dan saya, biarpun negeri berkenaan dikuasai parti pembangkan­g namun atas rasa kemanusiaa­n dan tanggungja­wab saya telah mengarahka­n agar anggota dan aset digerakkan ke sana dengan segera,” ujarnya.

Dalam perkembang­an lain, Zahid menegaskan bahawa pihaknya akan menyiasat isu berkaitan penggunaan orang tengah atau pegawai perhubunga­n awam dalam sindiket judi haram di negara ini.

Tegasnya, Ketua Polis Negara telah mengeluark­an arahan tetap bahawa tiada kompromi apatah lagi memberi perlindung­an kepada mana-mana pegawai penguatkua­sa yang bersubahat dengan sindiket perjudian haram ini.

“Saya akan siasat jika laporan itu benar,” katanya ketika ditanya berhubung isu tersebut.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia