Utusan Borneo (Sarawak)

Taman agro diwujudkan di Sadong Jaya untuk pergiat sektor pertanian

-

SADONG JAYA: Kerajaan negeri akan mewujudkan taman agro di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sadong Jaya sebagai landasan untuk mempergiat­kan sektor pertanian di kawasan itu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mengumumka­n perkara perkara itu berikutan mendapati DUN Sadong Jaya berpotensi menghasilk­an produk makanan.

“Kita akan menjalanka­n penyelidik­an dengan agensi berkaitan termasuk Jabatan Tanah dan Survei untuk mewujudkan taman agro ini.

“Sebelum ini, saya sudah umumkan taman agro diwu- judkan di kawasan Sarikei. Maka, pada hari ini, saya mahu jadikan projek (taman agro) yang sama di kawasan Sadong Jaya dengan dilengkapi kemudahan Internet dan moden,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguha­n Pesta Sadong Jaya di pekan Sadong Jaya di sini, semalam.

Turut hadir, isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’aniTuanku Bujang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan ADUN Simunjan Awla Dris.

Bercakap lanjut Abang Johari berkata, dengan dilengkapi kemudahan Internet itu, penduduk kampung dapat menjual hasil pertanian atau produk makanan mereka secara online.

“Apatah lagi dengan kewujudan pusat pengumpula­n untuk produk pertanian yang kita bangunkan di Samarahan, maka penubuhan taman agro ini adalah amat bertepatan ” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari turut meluluskan peruntukan berjumlah RM2.5 juta untuk membangunk­an projek di kawasan DUN Sadong Jaya.

“Kita akan menubuhkan satu jawatankua­sa di bawah Pejabat Residen, yang mana kita akan cari jalan bagaimana melaksanak­an projek berdasarka­n peruntukan itu tadi,” katanya.

Ujarnya, jawatankua­sa itu akan dipengerus­ikan residen dan wakil-wakil rakyat di kawasan ini.

 ??  ?? SIMBOLIK: Abang Johari memukul gendang sebagai simbolik Majlis Penangguha­n Pesta Sadong Jaya di pekan Sadong Jaya, semalam. Turut kelihatan Juma’ani, Nancy, Julaihi, Aidel dan Awla.
SIMBOLIK: Abang Johari memukul gendang sebagai simbolik Majlis Penangguha­n Pesta Sadong Jaya di pekan Sadong Jaya, semalam. Turut kelihatan Juma’ani, Nancy, Julaihi, Aidel dan Awla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia