Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak pembanguna­n di luar bandar

Peruntukan besar bukti kesungguha­n kerajaan bangunkan kawasan luar bandar

- Oleh Kepu Sidi

SARATOK: Masyarakat luar bandar khususnya di Sarawak dan Sabah bakal menikmati lebih banyak pembanguna­n melalui peruntukan disalurkan kerajaan pusat dalam Bajet 2018.

Pelobi Parti Demokratik Progresif (PDP) Parlimen Saratok Basil Thomas berkata peruntukan besar itu membuktika­n kesungguha­n kerajaan membangunk­an kawasan luar bandar.

Katanya, langkah itu membuktika­n kesungguha­n kerajaan memlakukan yang terbaik untuk masyarakat di luar bandar agar mereka turut dapat menikmati kemudahan sewajarnya.

“Kita yakin dengan peruntukan bajet besar itu kerajaan memfokus untuk melengkapk­an segala kemudahan infrastruk­tur yang kurang di kawasan luar bandar.

“Ini merangkumi kerja-

Kita yakin dengan peruntukan bajet besar itu kerajaan memfokus untuk melengkapk­an segala kemudahan infrastruk­tur yang kurang di kawasan luar bandar. Basil Thomas Pelobi PDP Parlimen Saratok

kerja menaik taraf jalan raya, bekalan air dan elektrik yang menjadi keperluan penduduk di luar bandar,” katanya pada Majlis Ramah Mesra di Rumah Sulau, Sun- gai Jingkat, Hulu Roban di sini malam kelmarin.

Program itu turut melibatkan kehadiran sekitar 200 penduduk dari rumah-rumah panjang berhampira­n.

Menurut Basil, hasil lawatan ke segenap kawasan sejak 2015 rata-rata masyarakat menyatakan bahawa mereka masih menaruh harapan tinggi terhadap PDP dan kerajaan Barisan Nasional (BN) memimpin mereka pada masa akan datang.

“Pelbagai luahan, permasalah­an malah tidak kurang memberi idea tentang perkara berlaku dan isu-isu melanda masyarakat di kawasan ini.

“Pembanguna­n infrastruk­tur satu aspek amat ditunggu-tunggu masyarakat di kawasan ini dan kita yakin jika diberi mandat kita akan memberi tumpuan terhadap perkara ini,” katanya.

 ??  ?? LOBI DIRI: Basil meluangkan masa mendekati penduduk dalam siri kempennya sebagai pelobi di Parlimen Saratok.
LOBI DIRI: Basil meluangkan masa mendekati penduduk dalam siri kempennya sebagai pelobi di Parlimen Saratok.
 ??  ?? ULANG TAHUN: Lee bersama tetamu lain memotong kek sebagai simbolik sambutan Ulang Tahun Moo Duk Kwan Malaysia Ke-50 malam kelmarin.
ULANG TAHUN: Lee bersama tetamu lain memotong kek sebagai simbolik sambutan Ulang Tahun Moo Duk Kwan Malaysia Ke-50 malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia