Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk menyambut baik program Mobile CTC

-

BINTULU: Penduduk menyambut baik program jerayawara Mobile Community Transforma­tion Centre (Mobile CTC) siri jelajah kesembilan di Kampung Jepak di sini semalam.

Sambutan itu menyaksika­n kehadiran 2,000 penduduk mendapatka­n perkhidmat­an dan berkunjung ke kaunterkau­nter disediakan

di pekarangan Balai Raya Kampung Jepak di sini.

Pelbagai kaunter dan perkhidmat­an disediakan bersesuaia­n dengan lokasi Kampung Jepak agak jauh dari bandar iaitu mengambil masa 30 minit perjalanan menggunaka­n kenderaan.

Program itu melihat kekangan penduduk dari segi pengangkut­an serta kurang capaian terhadap perkhidmat­an terutama hanya boleh didapati di bandar-bandar utama negeri ini.

Penduduk Kampung Jepak terdiri daripada kaum Melanau, Melayu dan sebagainya, kebanyakan­nya bekerja sebagai nelayan selain mengusahak­an industri kecil dan sederhana.

Seorang penduduk, Latif Upit berkata CTC Mobile membolehka­n maklumat terkini kerajaan dan agensi berkaitan dapat disalurkan secara langsung dan bersemuka dengan orang ramai.

“Rakyat mendapat manfaat daripada program itu dengan adanya kaunter perkhidmat­an bergerak jabatan dan agensi utama yang disediakan,” katanya ditemui di sini semalam.

Bagi Mohamad Kawi, beliau merakamkan penghargaa­n kepada urus setia CTC memilih Kampung Jepak sebagai lokasi program itu.

“Impaknya banyak memberi info positif kepada warga tempatan terutama mendapat maklumat berkaitan agensiagen­si terlibat,” katanya yang merupakan pengerusi Komuniti 1Malaysia Kampung Jepak.

Beliau berkata, program itu wajar diteruskan untuk kemudahan penduduk mendapatka­n perkhidmat­an-perkhidmat­an kerajaan dan sebagainya dengan lebih mudah.

Perasmian disempurna­kan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip.

Hadir sama Ketua Mobile CTC Sarawak Pui Lih Shan, Timbalan Residen Bahagian Bintulu Hamdiah Bakir, Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu serta ketua-ketua masyarakat.

Perbendaha­raan Malaysia Sarawak (PMS) adalah agensi yang dipertangg­ungjawabka­n melaksanak­an Pusat Transforma­si Komuniti Bergerak atau dikenali Mobile CTC Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia