Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Sematan terima peruntukan RM5,000 biayai aktiviti tahunan sekolah

-

KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sematan dekat sini, menerima peruntukan RM5,000 sebagai dana untuk membiayai aktiviti tahunan sekolah.

Dana itu merupakan sumbangan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang diumumkan pegawai khasnya, Susilawati Hamdan dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Pengetua SMK Sematan Othman Ibrahim ketika ditemui berkata, beliau gembira dengan sumbangan yang diberikan Ahli Parlimen Santubong itu dalam membantu membiayai aktiviti sekolah terbabit.

“Pemberian ini sekali gus membuktika­n beliau (Wan Junaidi) komited dan sentiasa memberi sokongan kepada perkembang­an pendidikan pelajar SMK Sematan,” katanya.

Berucap pada majllis Apresiasi SMK Sematan, Othman turut memohon bantuan menambah baik keperluan sekolah itu termasuk bantuan sistem pendawaian elektrik.

Menurutnya, sekolah yang berusia lebih 30 tahun itu sering mengalami lintar pintas ekoran masalah pendawaian elektrik yang lama dan perlu mendapat perhatian segera.

“Saya sudah mengajukan masalah ini kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan alhamdulil­lah, ia telah mendapat perhatian daripada jabatan terbabit.

“Bagaimanap­un, saya amat berharap dan meminta sokongan daripada pemimpin kawasan ini supaya masalah ini dapat ditangani dengan segera,” katanya.

Othman berkata, SMK Sematan mempunyai seramai 1,026 pelajar dengan 92 guru termasuk tiga guru interim.

Katanya, sekolah itu mempunyai kemudahan mencukupi termasuk sebuah dewan baharu bernilai RM300,000 yang siap dibina hasil sumbangan bekas Ketua Menteri Pehin Sri Adenan Satem.

“Di samping itu, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong turut menyumbang sebanyak RM30,000 sebagai dana tambahan untuk pembinaan pentas,” katanya.

 ??  ?? HADIAH: Susilawati bersama Othman (kiri) menyampaik­an hadiah hamper kepada salah seorang guru SMK Sematan pada majlis apresiasi sekolah itu di Kuching, malam kelmarin.
HADIAH: Susilawati bersama Othman (kiri) menyampaik­an hadiah hamper kepada salah seorang guru SMK Sematan pada majlis apresiasi sekolah itu di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia