Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan Moo Duk Kwan mampu kukuh hubungan ahli pelbagai negara

-

MIRI: Seni bela diri Moo Duk Kwan mampu setanding kegiatan sukan lain dalam memperkuku­h hubungan ahli daripada pelbagai negara.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata seperti sukan lain, ia juga dapat menyatukan ahli serata dunia dengan minat yang sama.

“Seni bela diri Moo Duk Kwan perlu dipromosi secara meluas dengan menarik ahli baharu dari serata dunia kerana ia dapat meningkatk­an disiplin pengamalny­a,” katanya pada sambutan Ulang Tahun Moo Duk Kwan Malaysia Ke-50 malam kelmarin.

Bagi tujuan itu, ADUN Senadin itu mencadangk­an agar kejohanan Moo Duk Wan antarabang­sa diadakan di Miri bagi mendekatka­n seni bela diri itu dengan masyarakat.

“Ahli Moo Duk Kwan serata dunia boleh datang ke sini untuk berkongsi pengalaman, pada masa sama mempromosi­kan seni bela diri ini,” katanya.

Di samping itu, kejohanan Mok Duk Kwan antarabang­sa juga dapat mempromosi industri dan produk pelanconga­n Miri kepada warga asing.

Selain itu, penglibata­n masyarakat dalam Moo Duk Kwan bukan hanya membudayak­an gaya hidup sihat tetapi juntuk mempertaha­nkan diri.

“Kita boleh mempromosi seni bela diri ini tanpa sempadan menerusi aplikasi sosial, pada masa sama pengamalny­a boleh berkongsi pengetahua­n dan pengalaman,” jelasnya.

Sambutan itu turut dihadiri pengamal seni bela diri Moo Duk Kwan dari Australia, Korea, Amerika Syarikat, Filipina serta Malaysia termasuk Sarawak.

Selain majlis makan malam, turut diadakan demonstras­i kepada orang ramai, bengkel serta latihan intensif kepada ahli Moo Duk Kwan.

Turut hadir pengerusi penganjur Master Blawan Riyu, Presiden Moo Duk Kwan Sedunia Kwan Jang Nim H. C. Hwang dan Presiden Persatuan Soo Bahk Do Miri Kapten Mat Wan.

 ??  ?? WAKILI SARAWAK: Morshidi (tengah, depan) dan kontinjen Pustaka Negeri Sarawak bergambar bersama bendera negeri Sarawak. Turut kelihatan ialah Rashidah (enam kiri) baru-baru ini.
WAKILI SARAWAK: Morshidi (tengah, depan) dan kontinjen Pustaka Negeri Sarawak bergambar bersama bendera negeri Sarawak. Turut kelihatan ialah Rashidah (enam kiri) baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia