Utusan Borneo (Sarawak)

SPASM pemangkin semangat kerjasama kalangan kakitangan perpustaka­an

-

KUCHING: Sukan Perpustaka­an Awam Se- Malaysia ( SPASM) merupakan wadah integrasi dan pemangkin semangat kerjasama dalam kalangan kakitangan perpustaka­an awam di setiap negeri.

Menurut kenyataann­ya semalam, ia berupaya memupuk budaya bersukan dalam kalangan warga perpustaka­an selain dapat menyihatka­n tubuh bagi memberi perkhidmat­an perpustaka­an terbaik kepada masyarakat dan pengguna.

Sukan tersebut diadakan setiap dua tahun dan setiap perpustaka­an awam di setiap negeri akan berpeluang­menjadi tuan rumah.

Pada 10 hingga 13 November ini, Perpustaka­an Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah.

Pustaka Negeri Sarawak telah secara aktifnya menyertai SPASM bermula penganjura­n oleh Perbadanan Perpustaka­an Awam Pahang pada 2001 sehinggala­h penganjura­n oleh Perbadanan Perpustaka­an Awam Selangor pada 2015.

Pustaka Negeri Sarawak pernah menjadi tuan rumah SPASM pada 2003 dan sekali lagi menjadi tuan rumah SPASM Ke-21 yang telah diadakan dari 7 hingga 10 Ogos 2015 dan merangkul gelaran johan pada 2006 dan 2015.

Pustaka Negeri Sarawak akan menghantar kontinjen dengan keanggotaa­n seramai 64 orang yang terdiri daripada 34 atlet lelaki dan 30 atlet wanita bagi menyertai pelbagai acara sukan yang dipertandi­ngkan seperti futsal, bola jaring, bola tampar, sepak takraw, badminton, pingpong, congkak, karom, dart dan boling.

Baru- baru ini kontinjen Pustaka telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani di Wisma Bapa Malaysia.

Kunjungan adalah sebagai tanda penghormat­an dan restu untuk Pustaka Negeri Sarawak mewakili negeri ke pesta sukan tersebut.

Kunjungan hormat itu diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Rashidah Bolhassan bersama atlet- atlet Pustaka Negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia