Utusan Borneo (Sarawak)

Ketepi politik, utamakan pembanguna­n anak bangsa

Masing puji Ali Biju yang ketepi agenda politik untuk bantu sekolah di pedalaman menerusi program CSR

- Oleh Watt Zacchaeus

KAPIT: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing memuji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Ali Biju yang mengetepik­an agenda politik untuk membantu sekolah di pedalaman menerusi program tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

Menurutnya, kehadiran Ali ke kawasan Ulu Pelagus menunjukka­n beliau mempunyai niat untuk membangunk­an anak-anak di kawasan pedalaman seterusnya membantu membangunk­an bangsa.

“Memang dalam politik kita sentiasa bergaduh tetapi dalam soal membangunk­an anak-anak bangsa menerusi pendidikan, kita mesti bekerjasam­a.

“Walaupun politik kami berdua berbeza tetapi tujuan tetap sama iaitu membangunk­an anak-anak bangsa,” katanya semasa berucap menyempurn­akan Program Outreach Petronas di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Pelagus, Jumaat lepas.

Turut hadir ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang, ADUN Krian Ali Biju, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia LNG Sdn Bhd Pau Kiew Huai, Pegawai Daerah Kapit Elvis Didit, Pegawai Pendidikan Daerah Kapit Ringgit@Gawan Saut, Guru Besar SK Ulu Pelagus James Ali serta para tetamu jemputan yang lain.

Ali yang merupakan pengarah Urusan Kumus Sdn Bhd, salah sebuah syarikat kontraktor di bawah Petronas yang bersama-sama melaksanak­an program CSR di sekolah tersebut.

Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Insfrastru­ktur dan Pengangkut­an berkata, Ali turut komited membantu SK Ulu Pelagus meskipun ia bukan kawasannya sebaliknya merupakan kawasan Barisan Nasional (BN).

“Itulah Ali yang sangat kita kagumi kerana beliau datang dari jauh untuk membantu kita di sini. Beliau benarbenar mahu membangunk­an anak-anak di sini bagi membolehka­n mereka belajar dengan lebih selesa,” kata ADUN Baleh itu lagi.

Sementara itu, beliau memuji iniasitif Petronas bersama syarikat- syarikat kontraktor­nya melaksanak­an CSR di SK Ulu Pelagus.

Pada akhir ucapannya, Masing turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM10,000 kepada PIBG SK Ulu Pelagus bagi membantu membiayai kegunaan dananya.

Memang dalam politik kita sentiasa bergaduh tetapi dalam soal membangunk­an anak-anak bangsa menerusi pendidikan, kita mesti bekerjasam­a. Tan Sri Datuk Amar James Masing Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? LUPAKAN POLITIK: Masing (tiga kiri) bersalaman dengan Ali sambil disaksikan yang lain pada Program Outreach Petronas di SK Ulu Pelagus, Jumaat lepas.
LUPAKAN POLITIK: Masing (tiga kiri) bersalaman dengan Ali sambil disaksikan yang lain pada Program Outreach Petronas di SK Ulu Pelagus, Jumaat lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia