Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2018 bukan peruntukan ‘one-off’ sahaja, kata Masing

-

KAPIT: Bajet 2018 yang dibentangk­an oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober lalu bukan peruntukan ‘oneoff’ sahaja.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, perlu difahami bajet itu adalah untuk tahun 2018 dan sekiranya ada kekurangan peruntukan untuk sesuatu projek, permohonan tambahan boleh dibuat semasa ‘rolling plan’ atau bajet bagi tahun berikutnya.

“Ramai yang cakap bajet itu tidak mencukupi. Jangan lihat sebagai ‘one off’ sahaja. Kita mesti faham, ia masih ada ‘rolling plan’ dan kita minta lagi,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Program Outreach Petronas di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Pelagus, Jumaat lepas.

Menurutnya yang juga Menteri Pembanguna­n Insfrastru­ktur dan Pengangkut­an, Bajet 2018 adalah satu bajet yang inklusif dari segi aspek membantu rakyat di negara ini.

Bagi bajet 2018 negeri Sarawak yang akan dibentangk­an semasa Persidanga­n Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke18 bermula Isnin ini, beliau berharap kerajaan negeri akan meneruskan polisi ‘Go Rural’ dalam Bajet Negeri 2018.

Beliau berkata, ini untuk memastikan pembanguna­n di kawasan pedalaman Sarawak yang ditekankan oleh bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem semasa menerajui kepimpinan negeri ini sebelum ini diteruskan.

“Bajet akan datang diyakini akan memperuntu­kkan sejumlah bajet ke luar bandar diteruskan. Saya yakin Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg akan meneruskan polisi tersebut. Itulah harapan saya,” tambahnya.

Petronas bersama lapan rakan niaganya membelanja­kan RM1.35 juta untuk program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) itu di sekolah tersebut yang merangkumi pembinaan sebuah dewan, laluan pejalan kaki berbumbung, tandas baharu asrama, pintu masuk sekolah dan penaiktara­fan kemudahan sekolah yang lain.

Program itu yang bermula Mac lalu memberi faedah kepada 54 murid, 14 guru dan sembilan kakitangan sokongan sekolah di kawasan pedalaman tersebut.

 ??  ?? APA KHABAR?: Masing bersalaman dengan hadirin sebaik tiba di SK Ulu Pelagus di Kapit, Jumaat lepas.
APA KHABAR?: Masing bersalaman dengan hadirin sebaik tiba di SK Ulu Pelagus di Kapit, Jumaat lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia