Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Burung Antarabang­sa bermula tahun depan

Dianjur berikutan pertambaha­n peminat pelbagai spesies burung sekali gus merancakka­n pelanconga­n

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Pesta Burung Antarabang­sa bakal diadakan bermula tahun depan di sini berikutan pertambaha­n peminat pelbagai spesies burung sekali gus merancakka­n industri pelanconga­n.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata cadangan itu dibuat selepas kejayaan penganjura­n Pertanding­an Seni Suara Burung Murai Antarabang­sa Miri.

“Saya mencadangk­an penganjura­n Pesta Burung Antarabang­sa untuk mengumpulk­an pelbagai spesies burung termasuk yang semakin jarang dilihat agar dipamerkan kepada orang ramai,” katanya pada Pertanding­an Seni Suara Burung Murai Antarabang­sa Miri semalam.

Ahli Dewan Undangan Senadin itu memberitah­u, statistik yang dikeluarka­n Jabatan Hutan Sarawak menunjukka­n sejumlah 318 lesen diluluskan untuk memiliki burung murai batu.

Saya mencadangk­an penganjura­n Pesta Burung Antarabang­sa untuk mengumpulk­an pelbagai spesies burung termasuk yang semakin jarang dilihat agar dipamerkan kepada orang ramai. Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

“Ia cukup membuktika­n terdapat peningkata­n di kalangan peminat burung murai batu dan spesies lain, sehubungan itu Pesta Burung Antarabang­sa ini nanti dapat mengumpulk­an peminat dari dalam dan luar negara,” katanya.

Bagi tujuan itu, kementeria­nnya akan bekerjasam­a dengan Jabatan Hutan Sarawak serta Kelab Pencinta Burung Kicau Miri (Pekicau Miri).

Lee secara peribadi menyokong aktiviti yang dapat menarik kehadiran pelancong asing ke Miri termasuk penganjura­n pertanding­an bertaraf antarabang­sa.

“Mereka boleh datang ke sini untuk melihat sendiri pelbagai spesies burung yang terdapat di Sarawak ter- masuk melawat taman-taman burung yang melindungi spesies burung terancam,” katanya.

Beliau juga berharap semua pihak mengadakan promosi awal dalam media sosial bagi memaklumka­n perancanga­n Pesta Burung Antarabang­sa tahun depan.

Sementara itu, pertanding­an itu telah disertai kira-kira 345 peserta dari Brunei Darussalam, Indonesia, Sabah, dan tuan rumah, Sarawak (Miri, Marudi, Bintulu, Limbang, Lawas dan Kuching).

Hadir sama ialah ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, Timbalan Kontroler Hidupan Liar Jabatan Hutan Sarawak ( JHS) Engkamat Ladin dan Pengerusi Pekicau Miri Azhar Bujang.

 ??  ?? DAPAT SAMBUTAN: Kelihatan Lee (tujuh kanan) dan Sebastian (lima kanan) mengangkat sangkar burung murai batu sebagai gimik perasmian Pertanding­an Seni Suara Burung Murai Antarabang­sa Miri semalam.
DAPAT SAMBUTAN: Kelihatan Lee (tujuh kanan) dan Sebastian (lima kanan) mengangkat sangkar burung murai batu sebagai gimik perasmian Pertanding­an Seni Suara Burung Murai Antarabang­sa Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia