Utusan Borneo (Sarawak)

Memelihara burung murai batu tanpa lesen satu kesalahan

-

MIRI: Pemilik burung murai batu mesti mendapatka­n lesen daripada Kontroler Hidupan Liar Negeri Sarawak atau mereka bakal dikenakan denda sebanyak RM10,000 dan penjara setahun.

Timbalan Kontroler Hidupan Liar Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Engkamat Ladin berkata burung itu tergolong dalam spesies haiwan terlindung di bawah Undang- Undang Hidupan Liar Sarawak 1998.

“Memiliki dan memelihara burung ini tanpa lesen yang sah merupakan satu kesalahan, pemilik perlu mendapatka­n lesen dengan bayaran RM10 seekor setahun,” katanya pada Majlis Pertanding­an Seni Suara Burung Murai Antarabang­sa Miri, semalam.

Menurutnya, pemilik yang ingin mengimport burung ini ke Sarawak juga perlu mendapatka­n permit import serta sijl kesihatan daripada Jabatan Veterinar negara asal.

“Syarat yang sama dikenakan sesiapa yang hendak membawa keluar burung ini dari negeri ini, perlu permit dan dokumen yang sah seperti sijil kesihatan Jabatan Veterinar,” ujarnya.

Engkamat berkata menangkap hidupan liar terlindung termasuk burung murai batu juga memerlukan permit sebanyak RM100 dan penggunaan pukat burung dikenakan bayaran RM10.

Tambahnya, JHS turut merampas beratus- ratus ekor burung murai batu dan spesies lain yang cuba diseludup keluar dari Sarawak disebabkan permintaan tinggi.

“JHS tahun ini telah mengeluark­an sebanyak 318 lesen untuk memiliki murai batu dengan jumlah burung sebanyak 917 ekor, bagaimanap­un saya percaya masih banyak yang belum berlesen,” katanya.

Sebagai langkah kawalan transaksi burung murai batu yang telah dilesenkan, JHS sedang mempertimb­angkan mengenakan gelang yang mempunyai siri nombor pada kaki burung.

“JHS juga menggalakk­an mereka menternak burung ini demi mengurangk­an tekanan kepada populasi liar di habitat semula jadi seperti di hutan-hutan kita.

“Lesen untuk ternakan ini adalah RM100 setahun dan RM100 lagi (setahun) untuk tujuan komersial dan tempat seperti Bandung, Palembang, Medan dan Jambi telah berjaya menternak burung ini,” jelasnya. SIBU: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Sibu akan menganjurk­an Seminar Percukaian Kebangsaan 2017 pada 9 November ini.

Seminar tersebut akan dianjurkan di Hotel Kingwood dan bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Penganjura­n seminar tersebut adalah sempena pembentang­an bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Selain itu, seminar tersebut dianjurkan untuk memberi gambaran jelas tentang cadangan pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 serta yang berkaitan dengan Bajet 2018.

Justeru pembayar cukai, akauntan syarikat serta pengarah syarikat dijemput hadir ke seminar tersebut.

Orang yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubung­i Azryyansha­h di talian 019-9360110.

 ??  ?? BELUM DIBUKA: Jambatan Rimbas yang belum lagi dibuka untuk kegunaan awam.
BELUM DIBUKA: Jambatan Rimbas yang belum lagi dibuka untuk kegunaan awam.
 ??  ?? TERUJA: Penduduk berpusu-pusu dan tidak sabar untuk menikmati kemudahan jambatan tersebut.
TERUJA: Penduduk berpusu-pusu dan tidak sabar untuk menikmati kemudahan jambatan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia