Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 2,000 mangsa ditempat di pusat pemindahan banjir

-

GEORGE TOWN: Hampir 2,000 mangsa banjir di Pulau Pinang ketika ini ditempatka­n di pusat pemindahan banjir di lima daerah di negeri itu hingga 12 tengah hari semalam.

Jurucakap polis berkata ketika ini sebanyak 50 pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatka­n kesemua mangsa banjir dan dijangka lebih banyak lagi penduduk akan dipindahka­n.

“Seramai 800 mangsa banjir di Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (500), Seberang Perai Selatan (18), Timur Laut (248) dan Barat Daya seramai 289 penduduk ditempatka­n di pusat pemindahan banjir.

“Ketika ini semua agensi membabitka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta beberapa lagi telah digerakkan untuk tugas menyelamat dan rondaan sejak tengah malam tadi (malam kelmarin),” katanya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata sebanyak 35 kawasan di daerah itu dilanda banjir kilat dan keadaan juga dalam terkawal.

Sementara itu, jurucakap polis berkata beberapa jalan raya di Pulau Pinang ditutup kerana dinaiki air paras 0.5 meter hingga 1 meter antaranya Jalan Kulim di Bukit Mertajam.

Katanya di daerah Barat Daya, jalan yang ditutup ialah laluan Balik Pulau - Jalan Tun Sardon kerana ber- laku tanah runtuh manakala Jalan Titi Kerawang-Teluk Bahang berikutan pokok tumbang.

“Orang ramai dinasihatk­an mematuhi arahan pihak polis trafik bagi memastikan lalu lintas berjalan lancar,” katanya.

Hampir keseluruha­n kawasan Pulau Pinang dilanda banjir kilat setinggi 0.2 meter hingga 1 meter dan puluhan pokok tumbang selepas hujan lebat serta angin kuat sejak 2 petang semalam dan hujan berlarutan hingga 5 pagi semalam.

Kesemua daerah di negeri itu telah ditenggela­mi air berikutan hujan lebat berterusan serta paras air sungai yang tinggi bertembung dengan kejadian air pasang di laut menyebabka­n limpahan air berlaku dengan cepat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DITENGGELA­MI AIR: Banjir kilat melanda berikutan hujan lebat sejak tengah hari kelmarin di Jalan Gurdwara, Pulau Pinang semalam.
— Gambar Bernama DITENGGELA­MI AIR: Banjir kilat melanda berikutan hujan lebat sejak tengah hari kelmarin di Jalan Gurdwara, Pulau Pinang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia