Utusan Borneo (Sarawak)

HPP turut dilanda banjir kilat

-

GEORGE TOWN: Sebahagian kawasan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat dan angin kuat sejak kelmarin.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr M. Sukumar berkata seramai 104 pesakit dan bayi baharu lahir dipindahka­n ke wad yang lebih selamat dan kesemua pesakit mendapat rawatan yang sewajarnya serta tiada kejadian tidak diingini berlaku.

“Antara kawasan yang terlibat termasuk Unit Pengangkut­an, tingkat bawah Blok C dan D. Ini termasuk empat wad pesakit dan wad rawatan rapi neonatal. Arahan pengungsia­n telah dikeluarka­n dan ia dilaksanak­an sekitar 2.30 pagi hingga 5.30 pagi. Kenderaan juga telah dipindahka­n ke kawasan selamat,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata perkhidmat­an perawatan pesakit luar dan pesakit dalam termasuk perkhidmat­an ambulans di HPP masih diteruskan seperti biasa.

Sukumar turut menasihatk­an orang ramai agar tidak menyebarka­n maklumat yang tidak tepat berkaitan kejadian banjir kilat di HPP sehingga mencetuska­n suasana panik kepada waris pesakit.

Hampir keseluruha­n kawasan Pulau Pinang dilanda banjir kilat setinggi 0.2 meter hingga 1 meter dan puluhan pokok tumbang selepas hujan lebat serta angin kuat sejak jam 2 petang kelmarin dan hujan berlarutan hingga 5 pagi semalam.

Semua daerah telah ditelengge­lami air berikutan hujan lebat berterusan serta paras air sungai yang tinggi bertembung dengan kejadian air pasang di laut menyebabka­n limpahan air berlaku dengan cepat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia