Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaatkan ekonomi digital promosikan Sri Aman

Bandar Sri Aman boleh dipromosik­an sebagai Bandar Benak Malaysia kepada pelancong luar

-

SRI AMAN: Penduduk Sri Aman khususnya golongan belia disaran memanfaatk­an ekonomi digital bagi mempromosi­kan bandar Sri Aman sebagai Bandar Benak Malaysia kepada pelancong luar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata untuk tujuan itu, kerajaan telah menaik taraf kemudahan infrastruk­tur seperti pembinaan bangunan pasar baharu untuk kemudahan para pelancong yang datang ke Sri Aman.

Katanya pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo juga akan membantu merancakka­n lagi sektor pelanconga­n di Sri Aman dengan memendekka­n jarak perjalanan antara Kuching dan Sri Aman.

Berucap pada Majlis Perasmian Pesta Benak Sri Aman 2017 di sini semalam, Abang Johari berkata penduduk Sri Aman juga perlu mencari alternatif untuk meningkatk­an pendapatan mereka kerana semua kemudahan infrastruk­tur telah sedia ada.

“Untuk tujuan itu kerajaan akan meningkatk­an kelajuan Internet di Sarawak bagi memudahkan ekonomi digital dilaksanak­an,” jelasnya.

Katanya, warga Sri Aman juga boleh mempromosi­kan budaya tempatan penduduk Sri Aman melalui ekonomi digital.

Sementara itu, bagi mengindahk­an lagi Tebingan Sri Aman, Abang Johari telah mengumumka­n peruntukan sebanyak RM5 juta bagi pembinaan tebingan fasa satu.

Pada pesta itu, pasukan Bujang Simanggang 7 memecah tradisi Pesta Benak buat pertama kali dalam sejarah 15 edisi penganjura­n pesta tersebut apabila dinobatkan sebagai Raja Sungai Batang Lupar.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat, Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hol-

Untuk tujuan itu kerajaan akan meningkatk­an kelajuan Internet di Sarawak bagi memudahkan ekonomi digital dilaksanak­an. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

lis, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Mong Dagang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri dan ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa.

 ??  ?? TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta bagi pertanding­an yang diadakan sempena Pesta Benak Sri Aman 2017. Turut kelihatan Masir (dua kiri), Harden (tiga kiri) dan Dr Rayong (dua kanan).
TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta bagi pertanding­an yang diadakan sempena Pesta Benak Sri Aman 2017. Turut kelihatan Masir (dua kiri), Harden (tiga kiri) dan Dr Rayong (dua kanan).
 ??  ?? RASMI: Abang Johari melakukan simbolik perasmian Pesta Benak Sri Aman 2017. Turut kelihatan isteri beliau, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang (empat kanan), Dr Rayong (kanan) dan Simoi (dua kanan).
RASMI: Abang Johari melakukan simbolik perasmian Pesta Benak Sri Aman 2017. Turut kelihatan isteri beliau, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang (empat kanan), Dr Rayong (kanan) dan Simoi (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia