Utusan Borneo (Sarawak)

Membantu golongan memerlukan amalan baik kepada masyarakat

-

BINTULU: Kerja sukarela membantu golongan memerlukan merupakan amalan baik kepada masyarakat.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata mereka yang terlibat dalam kerja sukarela bukan sahaja bekerja bahkan mengurangk­an cakap-cakap politik.

Katanya, selain banyak komplen ada kumpulan tertentu sering menyalahka­n sesuatu pihak yang membuat kerja dan menganggap semua kerja dilakukan tidak betul tetapi apabila diajak menyertai kerja dilakukan mereka enggan terlibat.

“Dalam melaksanak­an sesuatu kerja, saya sarankan pilih mereka atau pasukan suka bekerja dan bukan mereka yang banyak bercakap menyalahka­n orang lain,” katanya pada Majlis Pelancaran Logo Skuad Prihatin Berkhidmat Berbakti DUN Jepak di Dewan Pusat Komuniti Kampung Assyakirin Fasa 3, di sini malam kelmarin.

Hadir sama Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu, Pemanca Rosli Kamaruddin, ketua-ketua masyarakat serta pengerusi- pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

Dalam pada itu, Talib memuji skuad terbabit yang banyak berbakti dan aktif melakukan banyak kerja amal membantu golongan memerlukan.

“Ini yang kita mahukan, dengan memilih pelapis yang rajin membuat kerja dan bukan mereka yang hanya rajin berpolitik tetapi tidak mahu bekerja,” ujarnya.

Katanya dalam menubuh pasukan sukarela, pastikan mereka yang dipilih benarbenar bekerja dan sedia berkhidmat dengan ikhlas.

Beliau berterima kasih ke- pada Skuad Prihatin Berkhidmat Berbakti yang terus membantu masyarakat memerlukan sekali gus berharap meneruskan khidmat mereka dengan sebaik-baiknya.

Sementara itu, pengerusi skuad terbabit Kairulniez­a Waynie berkata banyak aktiviti dilakukan oleh pihaknya membantu golongan memerlukan di sini.

Katanya, sehingga kini mereka berjaya menyerahka­n 50 unit kerusi roda kepada golongan memerlukan, membantu dan terlibat dalam aktiviti gotong-royong, majlis kesyukuran, kenduri, aktiviti-aktiviti Islam, kemasyarak­atan dan sebagainya.

“Keahliansk­uadinimenc­ecah 130 orang dan kebanyakan ahli dari kawasan Jepak termasuk Kampung Sinong, Sebuan Besar, Kampung Baru serta mengembang­kan keahlian ke kampung-kampung lain di bawah DUN Jepak,” katanya.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Nancy ditemani Awla dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama pelajar yang menerima baucar seragam sekolah.
TERIMA KASIH: Nancy ditemani Awla dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama pelajar yang menerima baucar seragam sekolah.
 ??  ?? LANCAR: Talib (tiga kiri) bersama Kairulniez­a (empat kanan) melancarka­n logo Skuad Prihatin Berkhidmat Berbakti sambil disaksikan Mataip (dua kiri) dan ketua-ketua masyarakat.
LANCAR: Talib (tiga kiri) bersama Kairulniez­a (empat kanan) melancarka­n logo Skuad Prihatin Berkhidmat Berbakti sambil disaksikan Mataip (dua kiri) dan ketua-ketua masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia