Utusan Borneo (Sarawak)

RM1.1 juta dibelanja untuk pendidikan di Batang Sadong

-

SIMUNJAN: Sebanyak RM1.1 juta telah dibelanjak­an untuk sektor pendidikan di Parlimen Batang Sadong pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, peruntukan itu merupakan dana di bawah projek kecil luar bandar (MRP), projek mesra rakyat ( PMR), peruntukan khas menteri dan peruntukan khas kecemasan.

“Bagi saya, sektor pendidikan merupakan antara keutamaan saya dalam membelanja­kan peruntukan yang diamanahka­n kepada saya dalam usaha membangunk­an seluruh Parlimen Batang Sadong.

“Ini bermakna jumlah keseluruha­n yang telah dibelanjak­an untuk sektor pendidikan pada tahun ini sahaja adalah RM1,096,500 yang melibatkan sebanyak 67 program dan projek fizikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan baucar bantuan pakaian seragam sekolah tajaan Yayasan Sarawak di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua, Simunjan semalam.

Nancy menjelaska­n bahawa pembinaan projek fizikal seperti dewan, gelanggang futsal, dataran di padang bola sepak juga amat penting kerana ia digunakan bagi program pembanguna­n modal insan yang merupakan antara cabang dalam sektor pendidikan.

“Dan pada hari ini (semalam), kita akan menyaksika­n penyampaia­n cek Parlimen Batang Sadong daripada sektor pendidikan berjumlah keseluruha­n RM52,000,” tambah Ahli Parlimen Batang Sadong itu.

Mengulas mengenai pemberian baucar pakaian seragam sekolah, Nancy berharap ia dapat membantu mengurangk­an beban ibu bapa dalam membuat persiapan untuk anak-anak mereka menghadapi sesi persekolah­an tahun depan.

“Saya juga berharap ban- tuan pakaian seragam dan peralatan sekolah ini turut menyuntik semangat anakanak untuk terus menuntut ilmu dan berjaya dalam pelajaran.

“Ibu bapa juga harus sedar bahawa apa jua pembanguna­n yang ada pada masa ini adalah untuk anak- anak generasi hari ini, agar mereka dapat meneruskan kesinambun­gan sedia ada,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Simunjan Awla Dris, Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan Samsul Alam Mohd Shamsuddin, Pengetua SMK Sri Sadong Mohamad Brahim dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? RASMI: Sabariah ( tengah) memukul gendang sebagai simbolik perasmian Pertanding­an Citrawarna UNIMAS 2017 kelmarin.
RASMI: Sabariah ( tengah) memukul gendang sebagai simbolik perasmian Pertanding­an Citrawarna UNIMAS 2017 kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia