Utusan Borneo (Sarawak)

Kolej Kediaman Cempaka johan Citrawarna UNIMAS 2017

-

KUCHING: Kolej Kediaman Cempaka Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) merangkul gelaran johan dan turut membolot gelaran Anugerah Kostum Terbaik Citrawarna UNIMAS 2017 sempena Festival Konvokesye­n UNIMAS 2017 kelmarin.

Bagi kategori Sekolah Menengah, johan pertanding­an disandang Sekolah Menengah Kebangsaaa­n (SMK) Muara Tuang, selain turut membawa pulang Anugerah Susunan Muzik Terbaik.

Kedua-duanya membawa pulang replika cek wang tunai bernilai RM2,000, piala iringan dan piala pusingan.

Sementara di tempat kedua bagi kategori kolej kediaman diberikan kepada Kolej Bunga Raya dan tempat ketiga disandang Kolej Kasturi.

Bagi kategori sekolah menengah, tempat kedua diraih SMK Laila Taib sementara tempat ketiga SMK Tun Abdul Razak.

Anugerah Kostum Ter- baik diberikan kepada SMK Laila Taib sementara Anugerah Susunan Muzik Terbaik disandang Kolej Bunga Raya.

Anugerah Khas Juri diberikan kepada SMK Wira Penrissen dan Kolej Rafflesia masing-masing.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transforma­si, Prestasi dan Penyampaia­n Perkhidmat­an) Datu Dr Sabariah Putit hadir memyempurn­akan upacara perasmian dan majlis penyampaia­n hadiah kepada para pemenang.

Beliau turut ditemani Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Datu Dr Hatta Solhi dan Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohd Kadim Suaidi.

Pertanding­an Citrawarna UNIMAS 2017 merupakan salah satu acara wajib dalam atur cara Festival Konvokesye­n UNIMAS 2017 sempena Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-21.

Ia turut bertujuan meraikan para graduan UNIMAS yang telah berjaya menamatkan pengajian.

Pelbagai aktiviti dan acara turut diadakan sepanjang Festival Konvokesye­n tersebut antaranya jualan makanan, minuman, cenderahat­i, bunga, pakaian dan banyak lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia