Utusan Borneo (Sarawak)

27 GRO, tukang urut ditahan dalam Ops Noda

-

SHAH ALAM: Polis menahan 27 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan dan tukang urut serta enam lelaki dalam dua serbuan berasingan di Taman Desawan, Klang dekat sini, awal pagi semalam (Sabtu).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata dalam Ops Noda yang bermula jam 12.30 pagi di sebuah premis urut itu, enam wanita warga Indonesia, tiga Vietnam dan seorang Thailand ditahan ketika sedang bersembuny­i di ruang rahsia berdekatan laluan tangga yang ditutup dengan beberapa lapisan pintu besi.

“Polis terpaksa meminta bantuan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja untuk membuka pintu dan mendapati 10 wanita warga asing sedang bersembuny­i,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata seorang pekerja lelaki warga Indonesia dan dua lelaki tempatan yang merupakan penjaga kaunter turut ditahan dalam serbuan itu. Dalam serbuan kedua di pusat hiburan yang terletak di sekitar taman itu Shamsul Amar berkata pihaknya menahan 17 wanita membabitka­n warga Vietnam dan Indonesia disyaki pelayan pelanggan dan tiga lelaki tempatan yang juga penjaga premis terbabit.

“Kesemua yang ditahan dalam kedua- dua serbuan ini berusia antara 20 dan 40 tahun akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Peraturan 39(b) Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalah guna pas, Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pekerja asing tanpa permit yang sah, Enakmen Hiburan dan Tempat- Tempat Hiburan serta Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Majlis Perbandara­n Klang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia