Utusan Borneo (Sarawak)

APMM rampas rokok seludup RM5.2j

-

ALOR GAJAH: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menahan lapan warga Indonesia bersama 1,040 kotak putih dianggarka­n bernilai RM5.2 juta termasuk duti import dipercayai cuba diseludup menggunaka­n sebuah kapal di perairan Tanjung Tuan di sini, kelmarin.

Pengarah Maritim APMM Melaka/Negeri Sembilan Kapten Maritim Ahmad Faridi Ferdaus berkata kapal dinaiki kumpulan lelaki yang berusia 21 hingga 47 tahun termasuk seorang jurumudi itu dikesan di perairan tersebut 6.30 pagi semalam.

“Berdasarka­n maklumat Pusat Pengawasan Maritim, kapal itu dikesan mencurigak­an di selatan perairan Selat Melaka menuju ke utara Selat Melaka dan berlegar-legar di sekitar perairan Selangor kira-kira 4.30 pagi semalam.

“Susulan maklumat itu, 10 anggota dan seorang pegawai kemudian menaiki Bot Petir 84 dan telah mengesan kapal berkenaan yang memaparkan nama KM Karya Jaya V berada lebih kurang 7.2 batu nautika dari perairan barat daya Tanjung Tuan Melaka,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah APMM Melaka/Negeri Sembilan Komander Maritim Azam Samsudin.

Ahmad Faridi berkata hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati 52,000 karton rokok seludup itu dibawa dari Pelabuhan Jurong, Singapura dan ia diisytihar kepada pihak berkuasa negara berkenaan.

Beliau berkata rokok itu sepatutnya dibawa masuk ke Satun, Thailand namun dipercayai sebahagian besar muatan rokok tersebut telah dipindahka­n ke beberapa bot pancung yang melalui kawasan berkenaan.

Katanya sekurang-kurangnya 50 peratus muatan rokok tersebut telah dipindah keluar dari kapal tersebut untuk dibawa masuk menggunaka­n bot pancung bagi diedarkan ke pasaran Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Katanya kesemua kru kapal itu mempunyai pasport dan mereka direman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 manakala kapal tersebut ditunda ke jeti Daerah Maritim 5 Kuala Linggi di sini.

Ahmad Faridi berkata pihaknya telah mematahkan tiga cubaan menyeludup rokok tidak sah di perairan Melaka/ Negeri Sembilan dalam tempoh Januari lepas hingga kelmarin yang membabitka­n nilai rampasan lebih RM6 juta termasuk rampasan enjin dan bot.

Beliau berkata APMM Kuala Linggi sentiasa memperting­katkan operasi dalam usaha meminimumk­an kesalahan maritim berdasarka­n maklumat dan aduan orang awam selain risikan pihaknya.

“Aduan dan maklumat berterusan berkaitan jenayah, kesalahan maritim atau aktiviti mencurigak­an di perairan Melaka/Negeri Sembilan boleh dibuat menerusi talian hotline 06-3876804 yang beroperasi 24 jam,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Ahmad Faridi (kiri) menunjukka­n kapal yang digunakan dalam cubaan membawa muatan rokok seludup, pada sidang akhbar di di Alor Gajah, semalam.
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Ahmad Faridi (kiri) menunjukka­n kapal yang digunakan dalam cubaan membawa muatan rokok seludup, pada sidang akhbar di di Alor Gajah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia