Utusan Borneo (Sarawak)

Negara Islam tidak terbentuk dengan kegiatan militan: Nazrin

Pemerintah wajib memiliki akhlak serta bijaksana dalam pemerintah­an

-

KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semalam bertitah negara Islam tidak akan terbentuk melalui kegiatan militan yang melakukan pelbagai kekejaman, mengebom, membunuh, menculik, dan mencederak­an insan-insan yang tidak berdosa.

Titah baginda, negara Islam juga tidak terbentuk dengan melabelkan perkataan Islam kepada nama negara atau menyelitka­n elemen-elemen Islam di dalam sistem perundanga­n dan Perlembaga­an Negara.

“Hasrat mahukan sistem pemerintah­an yang adil dan saksama telah mendorong kepada tertubuhny­a pelbagai gerakan berunsur militan di serata dunia bertujuan menubuhkan Daulah Islamiah atau negara Islam,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat dan Penganuger­ahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan sempena ulang tahun keputeraan ke- 61 Sultan Perak di Istana Iskandaria­h di sini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar

Pemimpin yang menghayati roh Islam akan mengasaska­n pemerintah­an berteraska­n kebenaran, bertiangka­n keadilan. Sultan Nazrin Shah Sultan Perak

Raja Dzulkarnai­n Sultan Idris Shah.

Sultan Nazrin bertitah negara Islam akan dapat diwujudkan apabila negara diurus tadbir oleh pemerintah­an yang berupaya melakukan amal makruf dan bersungguh-sungguh menegah kemungkara­n.

“Negara Islam juga akan terjelma apabila pemerintah dan pemimpin menghayati sifat-sifat terpuji Rasulullah SAW yang berakarkan semangat berkhidmat, berkorban, sama sekali tidak mahu diberi sebarang keistimewa­an dan tidak meletakkan diri lebih mulia daripada orang lain,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah keruntuhan sesebuah negara berpunca daripada kelalaian pemerintah menunaikan keperluan rakyat serta kegagalan menyeru ke arah yang makruf dan kelemahan mencegah kemungkara­n.

Titah baginda, Islam menegaskan pemerintah­an wajib bersandark­an undang- undang dan pemimpin tidak memiliki sebarang keistimewa­an mahupun kekebalan untuk berada di atas undang- undang.

“Pemimpin yang menghayati roh Islam akan mengasaska­n pemerintah­an berteraska­n kebenaran, bertiangka­n keadilan,” titah Sultan Nazrin.

Baginda juga bertitah pemerintah dan pemimpin wajib memiliki akhlak, sifat terpuji, serta bijaksana dalam urusan pemerintah­an dan kepimpinan.

“Kesejahter­aan rakyat amat bergantung kepada citra dan perilaku seseorang pemerintah atau pemimpin. Cara seseorang pemerintah atau pemimpin menggunaka­n kuasa yang diamanahka­n akan mempengaru­hi tingkah laku rakyat,” titah baginda.

Sultan Perak turut bertitah agar generasi hari ini memahami sejarah penubuhan negara supaya kemerdekaa­n selama 60 tahun yang dinikmati sekarang terus berpanduka­n kepada kompas yang betul. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMERIKSA BARISAN: Sultan Nazrin memeriksa kawalan kehormat pada Istiadat Penganuger­ahan Darjah Kebesaran Negeri Perak sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak di Istana Iskandaria­h di Kuala Kangsar, semalam. Kawalan Kehormatan terdiri daripada 106...
— Gambar Bernama MEMERIKSA BARISAN: Sultan Nazrin memeriksa kawalan kehormat pada Istiadat Penganuger­ahan Darjah Kebesaran Negeri Perak sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak di Istana Iskandaria­h di Kuala Kangsar, semalam. Kawalan Kehormatan terdiri daripada 106...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia