Utusan Borneo (Sarawak)

SPM, STPM diteruskan seperti biasa di P. Pinang, Kedah: Kamalanath­an

-

PUTRAJAYA: Peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) di Pulau Pinang dan Kedah yang kini dilanda banjir akan diteruskan seperti biasa hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanath­an berkata seramai 23,114 calon akan menduduki ujian itu di 159 pusat peperiksaa­n di Pulau Pinang.

Di Kedah, seramai 34,672 akan menduduki peperiksaa­n itu di 261 pusat peperiksaa­n yang disediakan, katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini semalam.

Kamalanath­an berkata kementeria­n sentiasa memantau secara dekat bencana tersebut dan sehingga kini ia tidak menjejaska­n persediaan yang dibuat bagi peperiksaa­n itu dijalankan.

Katanya, beliau juga telah berhubung dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang dan Kedah bagi mendapat maklumat terkini banjir dan status persediaan JPN dalam menghadapi bencana banjir di negeri tersebut.

“Di Pulau Pinang, hanya dua pusat peperiksaa­n terlibat banjir iaitu Sekolah Menengah Mak Mandin dengan 100 calon peperiksaa­n akan dipindahka­n ke Sekolah Menengah Kebangsaan Perai.

“Seramai 400 calon di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin akan dipindahka­n ke Sekolah Menengah Persendiri­an Jit Sin dengan tiga trak polis disediakan bagi membantu dalam membawa calon serta kertas peperiksaa­n ke sekolah tersebut,” katanya.

Peperiksaa­n SPM berlangsun­g sehingga 4 Dis depan di 3,363 pusat di seluruh negara membabitka­n 443,883 calon.

Dalam pada itu, 45,303 calon peperiksaa­n Penggal 3 bakal menduduki STPM 2017 di 683 pusat peperiksaa­n seluruh negara bermula hari ini hingga 14 Nov, manakala 50,011 calon pula akan mengambil peperiksaa­n Penggal 1 STPM 2018 yang dijadual pada 15 hingga 21 Nov di 670 pusat peperiksaa­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia